Friday, May 30, 2008

Khutbah 30 Mei 2008

Berilah Peluang Aku Hidup

-dipetik dari laman Khutbah JAKIM - klik sini

Anda Berhutang? Selesaikan...

HUTANG! Ada masa berhutang memberikan kesenangan, malah keselesaan, tetapi ada ketika menyebabkan diri merana apabila tersilap langkah.Justeru, Rasulullah s.a.w selalu meminta perlindungan kepada Allah daripada terjerat dengan musibah hutang.

Dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud, baginda berdoa, maksudnya: “Wahai Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain.”Hutang mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain.Mutakhir ini istilah hutang sudah jarang diungkapkan, sebaliknya pinjaman atau loan yang lebih kerap disebut, namun membawa maksud yang sama.Jika dulu hutang-piutangnya adalah ringkas, tetapi kini dengan bilangan penduduk yang semakin besar, urusan itu menjadi semakin kompleks, malah wujud pelbagai jenis hutang, sehingga kadangkala sukar bagi sesetengah pihak untuk memahaminya.

Hari ini masyarakat baik di desa mahupun di kota tidak dapat mengelak daripada berhutang, sedikit atau banyak, seperti berhutang dengan bank, koperasi, majikan, peruncit, saudara mara, rakan atau dengan ceti haram.Segolongan berhutang kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asasi yang sangat mendesak seperti untuk mendapatkan makanan dan tempat berteduh, manakala segolongan pula untuk mengejar keseronokan.Gara-gara berhutang juga menyebabkan beban kewangan bertambah, malah semakin banyak dihutang semakin berat bebanannya, sehingga tidak tertanggung untuk membayar semula dan akibatnya membawa kepada pelbagai musibah.Ternyata berhutang ada baik dan buruknya. Kena cara ia membawa kebaikan, tetapi jika tidak seperti berhutang untuk berjudi dan berfoya-foya sudah pasti membawa keburukan.

Sejauh mana Islam melihat permasalahan ini? Apakah orang Islam dibenarkan berhutang, sedangkan di sebalik kebaikannya, ada juga keburukan yang menanti?Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abdul Rahman, berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang hanya ketika benar-benar terdesak, bukan untuk perkara tambahan dalam kehidupan.Beliau berkata, berhutang sewenang-wenangnya dengan tujuan suka-suka kepada perkara yang tidak menjadi keperluan adalah dilarang.“Orang Islam sepatutnya tidak berhutang untuk benda tambahan atau sampingan seperti berhutang untuk mengubah suai kediaman,” katanya.Tidak salah untuk berhutang kerana tidak semua mempunyai kewangan yang stabil, malah ada yang terpaksa hidup mengharapkan belas ihsan orang lain, tetapi sebelum berhutang perlu berhati-hati, mengambil kira keperluan dan kemampuan membayar balik hutang.Jangan sampai disebabkan hutang membuatkan hidup tidak tenteram, asyik memikirkan hutang, sentiasa diburu pemberi hutang, sehingga bekerja pun untuk membayar hutang, membuatkan kenikmatan hidup mula pudar.

Ini bertepatan juga dengan satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud: “Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari.”Zaharuddin berkata, pemberi hutang pula sepatutnya menggunakan konsep sama banyak dengan jumlah hutang, bukannya mengenakan wang faedah.“Jika pemberi hutang dapat menggunakan konsep sama banyak, ia adalah satu contoh yang sangat terpuji. Malah, nabi kata pemberi hutang akan dibalas hingga 18 kali ganda lebih besar daripada amalan sedekah dengan 10 kali ganda,” katanya.Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a, berkata seseorang; wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda; memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”Katanya, seseorang berhutang wajib membayar balik (bagi yang berkemampuan) kerana ada hadis yang menyatakan mereka tidak berbuat demikian bila tiba waktunya dianggap orang yang zalim dan boleh dihukum. “Jika tidak bayar pelbagai sifat keji timbul, seperti sifat orang munafik, bila bercakap dia menipu, bila berjanji dia mungkiri, kerana untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang,” katanya.Satu hadis berbunyi: “Sesiapa berhutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya, maka Allah akan luluskan niatnya itu, tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan (tidak membayar), Allah akan merosakkan dia.” (Riwayat Bukhari)Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang.Tetapi jika berbelanja boros, sesedap rasa, tidak setimpal dengan kemampuan kewangan sudah tentu terjerat dengan hutang. “Dan jangan kamu berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’am: 141)

Implikasi Amalan Berhutang:

1) Berhutang jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3) Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara dilarang syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4) Orang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

5) Amalan berhutang tidak hanya membabitkan kehidupan dunia, malah berpanjangan ke Hari Akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

6) Mereka berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan dilakukan, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai' dan Ibn Majah)

dipetik dari http://www.hmetro.com.my/

Thursday, May 29, 2008

Kertas Kerja Kem Ibadah

Salam buat pembaca, khususnya guru2 yang sedang bercuti..

Penulis ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan, sekiranya ada menyimpan contoh koleksi Kertas Kerja Kem Ibadah (khusus untuk Tahun 6) diharap dapat berkongsi dengan saya dalam apa jua bentuk. Modul2 yang sesuai juga amat dialu-alukan. (berkaitan dengan tajuk PAFA) Kerjasama anda semua amat dihargai. Terima kasih.

Perkongsian boleh diuruskan dengan beberapa cara:
1. email : nawfal_07@yahoo.com
2. shoutbox: letakkan link anda pada shoutbox
3. komen: letakkan link kertas kerja anda di dalam komen.

Syukran Jazila. Jazakallahu Khairan Kathiraw.

* untuk makluman, Program Khemah Ibadah Tahun 6 SKSV akan diadakan pada 20-21 Jun 2008.

Wednesday, May 28, 2008

Ringkasan Poll

Dapatan dari poll yang diadakan di blog ini selama 30 hari,

Komen anda tentang tugasan guru masakini:

a) relaks sangat 12%
b) biasa-biasa saja 12%
c) penat sikit, tak macam dulu 50%
d) sangat membebankan 25%

Sekian, terima kasih kepada yang memberi pandangan dan undian.

Tuesday, May 27, 2008

Pertukaran Lokasi & Tarikh Hari Keluarga

SMS dari Pengerusi Kelab Guru SKSV pada 23 Mei 2008 jam 10.15pm

"Assalamualaikum. Hari keluarga ditetapkan pada 14-15 Jun 2008 di Muara Resort Sg. Besar, Selangor. Beri keputusan setuju atau tidak untuk urusan booking. TQ"

Kepada guru SKSV yg belum respond, harap dapat berbuat demikian pada kadar SEGERA.

Selangor haram program berkonsep Islam Hadhari

26-05-2008 09:49:28 PM

Petikan berita dari www.mstar.com.my

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, mengharamkan sebarang pelaksanaan program berkonsepkan Islam Hadhari di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.

Justeru dengan arahan itu, katanya, semua masjid dan surau di negeri itu tidak dibenarkan menyentuh soal Islam Hadhari dalam khutbah sembahyang Jumaat.

"Kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor dan bukannya Islam Hadhari," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Konsep Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 iaitu satu pendekatan untuk memajukan ummah, negara dan bangsa.

Hassan, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri. BERNAMA

Monday, May 26, 2008

Cuti Sekolah telah bermula...

Telah bermula cuti pertengahan tahun persekolahan selama 16 hari (24 Mei - 8 Jun) bagi semua sekolah-sekolah di Malaysia bagi murid-murid dan guru.

Pesanan untuk murid-murid sekolah sekalian, manfaatkanlah cuti ini sebaik-baiknya agar ia tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah.

Bagi para guru pula, cuti anda mungkin tidak seperti cuti para pelajar kerana sudah tentu cuti anda tersebut dipenuhi dengan aktiviti wajib dari sekolah (periksa kertas PKSR1) betul tak? Selamat bercuti juga saya ucapkan kepada para guru di Malaysia yang sudi menziarah blog ini.

Saturday, May 24, 2008

Isu Baju Kurung Pelajar.. Apa Komen Anda?

SIARAN MEDIA PKPIM
21 MEI 2008 / 15 JAMADILAWAL 1429H
PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA

Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Namun begitu, isu ini dilupakan seketika apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan.

Konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Namun begitu, masih terdapat mereka yang memandang sambil lewa hal ini. Contohnya baju sekolah pelajar perempuan. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang atau transparent’ untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan. Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita. Sepatutnya, remaja perempuan perlu bersifat assertif terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa. Oleh itu penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.


Munirah Binti Bahari
Naib Presiden HEWI PKPIM

-dipetik dari sini

Friday, May 23, 2008

Mesyuarat Hari Keluarga SKSV 2008

Tarikh: 23 Mei 2008 (Jumaat)

Masa: 11.00 pagi

Lokasi: Makmal Komputer SKSV

Kehadiran: Diwajibkan.

Mesyuarat ini akan membincangkan program khas Guru dan Kakitangan SKSV.

Program yang dicadangkan : Hari Keluarga Kelab Guru SKSV, pada hujung bulan Jun.

Cadangan tempat: Chalet Sg. Hj. Dorani, Sg. Besar.

Cadangan program:

a) Treasure Hunt
b) Suaikenal
c) Dinner
d) Aktiviti Bebas
e) Pertandingan Memancing
f) Sukaneka

Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.
"Bulat air kerana pembetung, bulat guru SKSV kerana..."

Thursday, May 22, 2008

Wednesday, May 21, 2008

Salam Ukhuwwah dari penulis..

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sudi memberi komen, nasihat, teguran dan sebagainya. Penulis amat mengalu-alukan sebarang nasihat penambahbaikan blog ini dari masa ke semasa.

Juga pada blog-blog lain yang sudi merangkaikan blog ini pada blog kalian. Jazakallhu Khairan Kathira.

Adapun tujuan pembinaan blog ini pada asalnya adalah sebagai memenuhi syarat satu bengkel pembinaan blog yang diadakan pada pertengahan April yang lalu (rujuk posting 14 April 2008). Bagi meneruskan laman blog yang sudah terbina, penulis mula memikirkan akan halatuju blog ini. Adakah penulis layak untuk meneruskannya sebagai Blog Panitia Pendidikan Islam SKSV atau sekadar title blog yang 'tidak serupa bikin'.

Hasilnya, seperti mana yang anda tatapi sekarang.. Penulis belum fokus pada sesuatu tajuk. Sebaliknya, penulis akan menghantar 'posting' yang bercampur-campur seperti berikut:
1. difikirkan sesuai dengan dunia Pendidikan
2. yang ada hubungkait dengan Panitia Pendidikan Islam
3. yang dirasakan isu penting dalam masalah Umat Islam
4. khutbah mingguan
5. keratan akhbar yang sesuai dengan hal semasa
6. tulisan @ karya blogger lain yang menarik untuk dikongsi bersama
7. maklumat umum berkaitan SKSV
8. dan lain-lain...

Oleh yang demikian, diharapkan apa yang dipersembahkan ini membawa 1001 faedah buat penulis khususnya dan pembaca amnya.. baik untuk GPI (+ jQAF) seluruh negara dan guru-guru lain serta sesiapa sahaja yang singgah menjengok di blog ini.

Akhir kalam, moga dengan wujudnya blog sedemikian akan mencambahkan perkongsian pintar antara GPI seluruh negara seterusnya memantapkan kerjaya sebagai muallim & daie walau di mana jua kita berkhidmat.

Sebarang cadangan boleh ditinggalkan pada 'shoutbox' yang tersedia atau emailkan pada nawfal_07@yahoo.com.

Ma'as salamah

Yang Mana Solat Kita?

Tuesday, May 20, 2008

Kisah Hari Guru

Hadiah Teristimewa, Kisah Benar Guru Tadika

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.

"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan.

Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.

"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.

"Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

(Kisah sedih dan menarik ini dibacakan oleh Cikgu Fadzian pada Hari Guru SKSV 16 Mei 2008, menyebabkan ramai guru yg terharu dan hampir menitiskan airmata..)

Monday, May 19, 2008

Santau SMS & HP

Usah Percaya - Panggilan Santau

Posted on May 16, 2008 under Isu Semasa

SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.

Beliau berkata, walaupun perbuatan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara, panggilan maut seperti didakwa itu agak sukar diterima akal.

Katanya, kepercayaan yang terlalu mendalam terhadap sihir menyebabkan ada anggota masyarakat terutama beragama Islam berada dalam ketakutan kerana bimbang terkena ilmu hitam itu.

“Ketakutan itu menyebabkan berlakunya tokok tambah sehingga mengganggu emosi dan pekerjaan harian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berkata, penyebaran SMS itu perlu dihentikan segera kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha umat Islam mencapai kemajuan setanding masyarakat dunia lain.

Beliau mengulas pengiriman SMS peringatan yang dikatakan disebarkan pihak tertentu untuk mengingatkan orang ramai mengenai deringan santau atau panggilan syaitan yang kononnya akan mencabut nyawa penerima panggilan berkenaan.

Selain di negeri ini, SMS berkenaan dikatakan sedang berlegar di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur dan Melaka sehingga menyebabkan orang ramai mula risau dan tertanya-tanya sama ada aktiviti santau menggunakan kaedah baru itu benar-benar wujud.

Menerusi SMS berantai itu, orang ramai diingatkan tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik yang kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.

SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu mendakwa panggilan misteri itu mengandungi unsur sihir yang dikatakan sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam di Indonesia.

sumber: www.drmaza.com

Sunday, May 18, 2008

Penekanan Kuasai Tulisan Jawi

MB Selangor mahu sekolah agama beri penekanan kuasai tulisan jawi

17-05-2008 05:15:03 PM

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua sekolah agama di negeri ini memberikan penekanan terhadap penguasaan tulisan jawi oleh kalangan pelajarnya.

Beliau berkata tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satu aspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yang diwarisi dari generasi terdahulu.

"Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti dan membantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kita memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik..." katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata apabila seseorang itu mengenali dan tahu tulisan Jawi mereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi.

Beliau berkata penekanan tulisan Jawi di sekolah agama boleh dilakukan dengan menambah satu kelas khas subjek itu.

Selain itu, katanya penguasaan tulisan Jawi juga boleh membantu kembali survival akhbar bertulisan jawi.

Abdul Khalid berkata dengan jumlah kira-kira 60 peratus orang Melayu di Malaysia sepatutnya akhbar tulisan Jawi (yang wujud dulu) mampu bertahan jika mereka menguasai dan mahir menulis serta membaca tulisan Jawi.

"Masyarakat India misalnya, hanya kira-kira 10 peratus sahaja di Malaysia tetapi akhbar menggunakan tulisan Tamil ada tiga kalau tidak silap saya dan semuanya sukses," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Abdul Khalid berkata guru agama perlu mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang ICT bagi menyampaikan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah agama JAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama'aiah Boyok dari Sepang (wanita).

Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidang pendidikan sejak 30 tahun lepas dan masih aktif sehingga kini walaupun telah bersara. BERNAMA

-bagaimana pula peran semua GPI dan jQAF di SK??? Tunjukkan pada semua, kita juga mampu menyumbang ke arah halatuju yang sama...

PKSR 1 akan bermula..

Kepada semua murid SKSV, diharap bersiap sedia untuk menduduki PKSR 1 yang akan bermula pada Selasa 20 Mei hingga Khamis 22 Mei 2008.

GPI SKSV mengharapkan murid-murid dapat menaikkan tahap pencapaian dalam Subjek Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi.

Murid-murid j-QAF dari Tahun 1 - 3 pula akan menduduki kertas tambahan Bahasa Arab Komunikasi pada hari Khamis.

Soalan Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah.

Bit-tawfiq wan najah...

Saturday, May 17, 2008

Kuiz Sempena Hari Guru - Siri 2

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah..

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

dipetik dari blog

Mesyuarat PIBG SKSV

MESYUARAT PIBG SK SLIM VILLAGE

Tarikh: 17 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 2.30 p.m
Tempat: Dewan SKSV

Friday, May 16, 2008

Rangkuman Berita Sempena Hari Guru 2008

BERITA 1...

16 Mei, 2008 18:54 PM

Kementerian Pelajaran Beri Khidmat Terbaik Kepada Warga Guru

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian akan memberi tumpuan kepada isu beban tugas guru yang menjadi agenda utama dalam penggal kedua tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Beliau berkata usaha memantapkan pengurusan sumber manusia, skim perkhidmatan dan perjawatan guru akan terus dilakukan.

"Usaha ini tidak akan terhenti di situ sahaja, bersama kesatuan dan persatuan guru, kita telah sepakat untuk meletakkan isu beban tugas guru sebagai fokus bersama yang perlu ditangani," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-37 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata kementerian berhasrat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi guru melaksanakan tugas hakiki mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping melahirkan guru dan pemimpin pendidikan bertaraf dunia.

"Kita yakin dan percaya, strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan mendapat sokongan dan restu kepimpinan negara," katanya.

Mengenai PIPP, beliau berkata warga pendidik di semua peringkat hendaklah meletakkan iltizam tinggi dan komitmen padu dalam menggerakkan PIPP itu.

"Daripada segi pencapaian, setakat ini kita telah membentangkan Kad Laporan PIPP sebanyak dua kali dan pada hari ini saya dengan bangganya mengumumkan bahawa bukan sahaja kita berada dilandasan yang tepat tetapi realitinya kita berjaya mendahului sasaran kita," katanya. Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil permuafakatan semua pihak termasuk kerja keras guru.

-- BERNAMA.COM.MY

BERITA 2

PM umum 6 insentif perkasa profesion perguruan
oleh Amirullah Abdi Nur


MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan enam insentif bagi memperkasa profesion perguruan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang ini.


Antara insentif itu ialah kerajaan setuju mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

Kerajaan juga setuju meluluskan cadangan guru gred DG41 dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

--BERITA HARIAN.COM.MY--

Kuiz Sempena Hari Guru - Siri 1

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Namakan pasukan Kelab juara EPL 2008?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduh Saleha"?

Soalan 11 : ... mungkin anda anggap soalan-soalan ini terlalu susah senang untuk anda...

Khutbah Minggu Ini

Khutbah Minggu ini.. 16 Mei 2008 Bertajuk 'Memperingati Malapetaka di Palestin - Penubuhan Regim Haram Israel. -Klik sini untuk isi Khutbah seterusnya..

Thursday, May 15, 2008

Sambutan Hari Guru SKSV

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh: 16 Mei 2008 (Jumaat)
Masa: 7.30 - 12.20 p.m
Pakaian: Uniform Rasmi dan Sukan

Aturcara:
7.30 pg
Berkumpul di Dewan SKSV
Ucapan Pengerusi majlis
Bacaan Doa Hari Guru

7.45 pg
Perutusan Hari Guru
Teks Menteri Pelajaran Malaysia - Pn Hjh. Dalilah Bt. Mohd Salleh
Teks Ketua Pengarah Pelajaran - Pn. Faridah Bt. Mohd Khalil
Ucapan Guru Besar
Bacaan Ikrar oleh En. Ruslan B. Mohd Noor
Nyanyian Lagu Hari Guru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9.00 pg
Acara Padang -Sukaneka Guru

10.00 pg
Rehat — Jamuan Guru

10.30 pg
Acara Dewan
Persembahan Murid
Persembahan Guru

11.45 pg
Penyampaian Hadiah
Pertukaran Hadiah Guru

12.20 th
Bersurai.

Wednesday, May 14, 2008

Berita Baik Sempena Hari Guru

Ujian simulasi pengesahan jawatan guru besar akan dimansuh

13-05-2008 07:54:51 PM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ujian simulasi dalam proses pengesahan jawatan guru besar akan dimansuh kerana didapati menjadi faktor kelewatan pengisian jawatan itu.

Langkah itu merupakan satu daripada tiga langkah yang diumumkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini dalam usaha menangani secara dalaman di peringkat Kementerian Pelajaran (KPM) isu-isu yang dibangkitkan Kesatuan dan Persatuan Guru sebelum ini.

Beliau berkata, mekanisme asal dalam pengesahan jawatan guru besar didapati sudah memadai dalam menilai ccalon-calon dan hanya perlu ditambah baik tanpa memerlukan satu ujian simulasi secara berasingan.

“Jika sebelum ini, ujian simulasi memerlukan calon guru besar dinilai daripada segi kemahiran komunikasi dan personaliti bagi memastikan mereka boleh berhadapan dengan segala hal dan masalah.

“Bagaimanapun, ia didapati melambatkan proses perlantikan memandangkan agak sukar untuk menghimpunkan mereka disebabkan faktor masa dan lokasi yang jauh walaupun sebenarnya mereka layak setelah dicadangkan oleh Pengarah Pelajaran negeri masing-masing.

“Justeru, langkah ini akan mempercepatkan lantikan kerana jawatan guru besar perlu diisi secepat mungkin kerana setiap tahun kira-kira 500 hingga 600 guru besar sedia ada akan bersara,” katanya selepas perjumpaan dengan wakil-wakil 24 kesatuan dan persatuan guru seluruh Malaysia, di sini.

Hishammuddin berkata, selain itu, langkah kedua yang diambil KPM adalah menyegerakan jawatan kenaikan pangkat untuk pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi KPM.

"Kelulusan penambahbaikan perjawatan pensyarah ini telah diperolehi pada bulan Januari 2008 yang antara lain menetapkan gred pensyarah di institusi-institusi berkenaan bermula dengan DG44 berbanding DG41 sebelum ini.

“Pengisian jawatan ini akan melibatkan kenaikan gred daripada DG44 hingga DG54 yang akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan kita akan menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kesemuanya pada Jun tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai 11,678 guru akan mendapat manfaat selepas KPM turut mengambil keputusan untuk menambahbaik mekanisme penilaian bagi mempercepat pengisian kuota-kuota jawatan dalam skim cemerlang yang melibatkan jawatan Pengetua Cemerlang DG52 hingga JUSA C, Guru Besar Cemerlang DGA38 dan Guru Cemerlang DGA32 hingga Gred Khas C.

“Sebelum ini, skim ini dilulus untuk dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2010 termasuklah jawatan tambahan yang diluluskan awal tahun ini.

“Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah menubuhkan sebuah badan task force untuk turun ke semua peringkat bagi mengenal pasti dan menilai para guru yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“Hal ini membantu kerana sebelum ini, para guru yang berminat perlu membuat permohonan sendiri dan melalui pelbagai karenah birokrasi yang didapati menjadi antara punca utama guru kurang berminat mengisi jawatan berkenaan.

“Setakat ini, pengisian kuota secara rasmi adalah seramai 4,539 guru dan sasaran kita adalah pengisian pada tahap 85 peratus menjelang Disember ini,” katanya.

Sementara itu, beliau juga telah merujuk beberapa isu yang dibangkitkan kesatuan dan persatuan guru kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Alhamdulillah, KSN dan KPPA telah menyusul segera dengan semua kesatuan melalui proses musyawarah dalam semangat permuafakatan.

“Dengan keprihatinan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan kerajaan kepada para guru selama ini, saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan berita baik untuk para guru ketika menyempurnakan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Ayer Keroh Melaka, 16 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, beliau turut menyerahkan Naskhah Buku Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru kepada wakil Kesatuan dan Persatuan Guru untuk diteliti secara terperinci.

Beliau berkata, hal ini adalah bagi menentukan keutamaan strategi dan pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam usaha meringankan beban guru secara berperingkat-peringkat.
dipetik dari www.mstar.com.my

Tuesday, May 13, 2008

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja




Mungkin setiap guru yang tidak hadir ke sekolah ada alasan yang tersendiri. Sakit? Ada masalah keluarga? Berjauhan dari keluarga? Masalah kewangan? Stress? 1001 alasan.. tetapi kadangkala suara dan kebajikan guru kurang diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Inilah kesannya.. Apabila sudah ada laporan rasmi, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PROFESION KEGURUAN INI...

"Guru Cemerlang, Negara Terbilang"...
Selamat Hari Guru...

Monday, May 12, 2008

Pengurusan Tertinggi KPM

Menteri Pelajaran
Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri Pelajaran I
Y.B. Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.B. Dato' Razali bin Ismail

Ketua Setiausaha
Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Manusia)
Pn. Mahzum bt. Ariffin

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan)
Y.Bhg. Dato' Fatimah bt. Md. Deni

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah
YBhg Dato' Hajah Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan
En. Abd. Ghafar b. Mahmud

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
Y.Bhg. Dato' Hj. Yusoff b. Harun

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Hj. Abd. Rashid Bin Ngah

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
Pn. Azizah Binti Abd. Gani

Minggu Semarak Jawi -Keputusan

KEPUTUSAN RASMI MINGGU SEMARAK JAWI 2008
14 – 18 APRIL 2008


ACARA 1: MEWARNA JAWI PRASEKOLAH

1. SYAZWAN BIN ROSTAM
2. NUR LAILA BT AYOB
3. NOR AISYAH BT NASIR

ACARA 2: MEWARNA JAWI TAHUN 1

1. NUR AFIFAH INSYIRAH BT. MOHD. TABRANI
2. AHMAD SYAMIL B. AHMAD RIDZUAN
3. ROHANA BT. JAMALUDDIN

ACARA 3: MEWARNA JAWI TAHUN 2

1. HAMNA SHAHRAIN BT. AMIZAN
2. SITI NOR AISYAH BT. ISMAIL
3. HUSNOL KHOLILAH BT. MOHD. RASHID

ACARA 4: TULISAN JAWI TAHUN 3

1. NURUL AINA MISHA BT. ABU KARI\
2. NURAINI BT. ZULKEPLI
3. MUHAMMAD MUMTAZ B. MOHD. TABARANI

ACARA 5: TULISAN JAWI TAHUN 4

1. AMIRUS SHAHIR B. AMIZAN
2. MOHD FIRDAUS B SHAMSUL
3. NUR HIDAYAH BT. SURIANTO

ACARA 6: TULISAN JAWI TAHUN 5

1. NOR IZZATI BT ABDUL LATIF
2. NURUL IZZATI BT BADIOZZAMAN
3. MUHAMMAD FIRDAUS AZRI B. SAFRI

ACARA 7: TULISAN JAWI TAHUN 6

1. NOOR SUHAIZA BT MUHAMMAD NOOR
2. NURAIN BT MAT ANISAN
3. FARRAH WAHIDAH BT ROSLI

ACARA 8: TULISAN KHAT (TERBUKA TAHAP 2)

1. MOHD MUSLIM HJ HASHIM
2. NUR HASANAH BT. MASRI
3. SITI KHADIJAH BT. ROSTAM

ACARA 9: BIJAK MEMBACA JAWI (TERBUKA TAHAP 2)

1. MOHD FIRDAUS B SHAMSUL
2. NURUL IZZATI BT BADIOZAMAN
3. NURUL IZZATI BT ABD LATIF

ACARA 10: DUGA GURU KITA

1. PN ADILA BT OSMAN (GURU PEND. KHAS)
2. PN HJH DALILAH BT MOHD SALLEH (GPK PENTADBIRAN)
3. CIK NUR RAINI BT MOHAMED HASDI (GURU PEND. KHAS)


Disediakan oleh, ,
SETIAUSAHA PROGRAM
MINGGU SEMARAK JAWI 2008

Disahkan oleh,
PN. HJH. SITI JAMALIAH RAMLI
PK KO-KURIKULUM SKSV

*Pihak penganjur memohon maaf atas kelewatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ini disebabkan, beberapa minggu yang lalu suasana di SKSV agak sibuk. (Lawatan Nazir, Ujian Bulanan) Kelapangan pada minggu ini telah digunakan dengan sebaiknya oleh pihak Penganjur. Perkara tersebut amat dikesali.
Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang kurang bernasib baik jangan berputus asa... Cuba lagi pada M.S.J 2009.

Saturday, May 10, 2008

Posting jawi : Satu percubaan

Salam. Jika anda telah membaca posting terdahulu mungkin anda dapati terlalu banyak kesalahan ejaan jawi dalam posting tersebut. Ianya adalah sekadar percubaan menghantar posting jawi dengan menggunakan khidmat automatik Pertukaran Jawi Online dari web ustaz Zainul . Untuk itu, penulis memohon maaf andai ianya tidak memuaskan hati pembaca. Harap maklum.

Laporan Ringkas Hari Profesional Guru

ڤروڬرم ڤد هاري اين برجالن دڠن لنچر. مجليس دمولاكن تڤت جم 9.00 دڠن دڤڠروسيكن اوليه م چ يڠ تيدق اسيڠ لاڬي د سك سۏ، ان. فواد. ستروسڽ دعا ڤمبوك مجليس دباچ اوليه ڬڤي سك سۏ ﴿تتڤ دان برڤينچين ك ني؟﴾ مجليس دتروسكن دڠن اوچاڤن ألوان دري ڬب سك سۏ. تڤت جم 9.15، چرامه ڤروفيسيونل برتاجوق ايتيكا كرجا دمولاكن. ڤينچيراماه دري بهڬن ڤڽليديقن جايڤ اين ﴿رجوق ڤوست سبلوم اين﴾ برأصل دري سلاما، ڤراق. بلياو باڽق مڠڬوناكن لڠة اوتارا دالم چرامهڽ.

ڤد 15 مينيت ڤرتام، اي جيه كي سياراي دان ڤڽلارس سداڠ سيبوق ءسيت-اڤء لڤتوڤ دان لچد ﴿يڠ اد مسئله﴾ اونتوق تايڠن سلايد. ڤركارا سبڬيني برولڠ سڤرتي تاهون لالو كران ڤينچيراماه هاڽ ممبريتاهو ايڠين مڠڬوناكن التن تمق كيرا-كيرا 10 مينيت سبلوم تيبا د لوكاسي. ڤڠاجرن د سيني ~ جك مان-مان ڤينچيراماه ايڠين مڠڬوناكن لچد دان لڤتوڤ داڤت ممعلومكن ڤد اوروستيا لبيه اول.

كحاضيرن جوڬ ممبڠڬاكن، سهيڠڬاكن كروسي يڠ دسدياكن تيدق منچوكوڤي ﴿بهاڬين بلاكڠ سهاج﴾. اين دسببكن، 2 سكوله لاين توروت سرتا مڠهانتر ڬوروڽ ڤد ساعت-ساعت اخير ايايت : سق ڤوس تناو دان سق كوالا سليم ﴿اهلا وا سهلن الا سك سۏ﴾

چرامه برجالن دڠن لنچر سهيڠڬ جم 11.00. ايسي چرامه بركاءيتن بوديا كرجا يڠ دچادڠكن اوليه اسلام منجادي فوكوس اوتاماڽ. جوڬ تڠڬوڠجواب سباڬاي ڤنجاوات عوام يڠ سنتياس اكور-جنجي ﴿اكوجنجي؟﴾ ڤد ارهن كراجأن.

عنصور كچيندان يڠ دسليتكن دالم ڤڽامڤاين بلياو ممبواتكن اءوديان بڬيتو ترتاريق دڠن چرامه هاري اين. ڤون بڬيتو، ترداڤت جوڬ ڬورو-ڬورو يڠ سلالو ءساكيت ڤروتء دان كلوار ك تاندس تنڤا ماسوق سمولا ك ديوان.. ﴿بياسا لي تو؟﴾

مجليس دأخيري دڠن ڤڽامڤاين چندراهاتي بروڤا سباكول بواه-بواهن، دسمڤأيكن اوليه ڬب سك سۏ. تريما كاسيه داون كلادي، لاين كالي داتڠله لاڬي...

Friday, May 9, 2008

Hari Profesional 2008

Esok Sabtu 10 Mei 2008, sekolah akan mengadakan program Hari Profesional (yang merupakan program wajib untuk setiap sekolah). Jika pada tahun lalu, penceramah jemputan adalah dari Pegawai Dakwah SPPIM Perak... pada tahun ini, pihak pentadbiran memilih
Ustaz Saiful Azizi B. Abd. Manaf, PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAIP untuk menyampaikan ceramah.

Ceramah esok akan turut dihadiri oleh wakil-wakil guru dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu:
a) SK Balun
b) SK Ulu Slim
c) SK Pos Bersih.

Sasaran kehadiran esok ialah sekitar 75 orang guru. Program dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

Semoga semua guru terus mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam memartabatkan profesion keguruan.

Khutbah Minggu Ini

Jumaat 9 Mei 2008
Tajuk: MEMPELBAGAIKAN SUMBER MAKANAN ASASI

Klik di sini...

Thursday, May 8, 2008

Panitia: SENARAI TUGASAN

KETUA PANITIA


1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP) setiap tahun.

2. Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.

3. Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.

4. Membuat sasaran peratusan kelulusan.

5. Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.

6. Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.

7. Mempengerusikan mesyuarat panatia.

8. Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.

9. Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.

10. Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panatia.





SETIAUSAHA PANITIA

1. Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2. Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
3. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
4. Menyelenggarakan fail-fail panatia, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
5. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panatia atau mewakili ketua panitia Pendidikan Islam bila diperlukan


BENDAHARI PANATIA

1. Mengendalikan kewangan panatia.

2. Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.

3. Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun.

4. Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.



AHLI-AHLI PANITIA

1. Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia.

2. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan Agama Islam.

3. Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh
Panitia.

4. Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.

5. Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia
sebelum menyediakan kertas soalan.

6. Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.

7. Merekodkan merkah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan.

8. Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.

9. Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.

10. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau negeri) bila diwajibkan.

OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Islam

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,
murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Wednesday, May 7, 2008

Panitia: Tujuan

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk Panitia Pendidikan Islam bagi pencapaian matlamtnya :

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Islam dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.

Panitia : STRUKTUR DAN ORGANISASI

1. Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru-guru beragama Islam.

2. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

3. Ketua Panatia Pendidikan Islam secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.

4. Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia
kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

Panitia: Pendahuluan

Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi Guru Pendidikan Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian Guru Pendidikan Islam berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar

Ujian Bulanan 2

Salam.. untuk pengetahuan semua.. SKSV akan menghadapi Ujian Bulanan @ Selaras 2 pada minggu ini 5-7 Mei 2008. Jadual asal ialah pada minggu pemantauan Nazir. Rombakan jadual terpaksa dilakukan, lantas menjadikannya terlalu hampir dengan PKSR 1. Harap maklum.

Contoh Soalan... klik di sini

Tuesday, May 6, 2008

Result PTK Mac 2008

SEMAK KEPUTUSAN PTK MAC 2008 MELALUI SMS
mulai jam 12:01 pagi, 8 Mei 2008 (Khamis)

Untuk semak keputusan terkini:
taip PTK dan hantar ke 39003

keputusan terbaik: taip PTKBAIK
dan hantar ke 39003

SECARA ON-LINE:
mulai jam 9.00 pagi, 8 Mei 2008 (Khamis) di www.mpm.edu.my

Senarai Portfolio Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak:


Setelah sekian lama, penulis ingin berkongsi maklumat tentang latarbelakang EXCO kerajaan negeri Perak yang baru agar semua rakyat dapat mengetahui dan menghubungi mereka.


MENTERI BESAR PERAK
YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(PAS : Pasir Panjang)
E-Mel : nizarmb@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kewangan
Pembangunan Ekonomi
Tanah
Hasil Bumi dan Sumber Asli
Keselamatan
Pembangunan Luar Bandar

EXCO KANAN
YB Dato' Ngeh Koo Ham
(DAP : Sitiawan)
E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tenaga dan Air
Hal Ehwal Bukan Islam

EXCO
YB Nga Kor Ming
(DAP : Pantai Remis)
E-Mel : ngakorming@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pendidikan
Kerajaan Tempatan
Perumahan
Pengangkutan Awam

EXCO
YB A. Sivanesan A/L Achalingam
(DAP : Sungkai)
E-Mel : asivanesan@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Kesihatan
Alam Sekitar dan Suumber Manusia

EXCO
YB Seah Leong Peng
(DAP : Pasir Bedamar)
E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Kebudayaan, Belia dan Sukan

EXCO
YB Chen Fook Chye
(DAP : Keranji)
chenfookchye@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Perpaduan dan Integrasi Nasional
Hal Ehwal Pengguna

EXCO
YB Su Keong Siong
(DAP : Pasir Pinji)
sukeongsiong@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi

EXCO
YB Jamaluddin bin Mohd Radzi
(PKR : Behrang)
E-Mel : jamaluddinradzi@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pertanian
Perdagangan

EXCO
YB Tai Sing Ng
(PKR : Kuala Sepetang)
E-Mel : taisingng@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Industri
Penerangan

EXCO
YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu
(PKR : Changkat Jering)
E-Mel : mohdosman@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pelancongan
Pembangunan Insan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO
YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof
(PAS : Lubuk Merbau)
E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Agama
Pendidikan Islam
Wanita dan Kebajikan

Sumber: web Pejabat Menteri Besar Perak

The History of Mother's Day -Pendapat Barat

Celebrating motherhood is a historical tradition dating back almost as far as mothers themselves. A number of ancient cultures paid tribute to mothers as goddesses, including the ancient Greeks, who celebrated Rhea, the mother of all gods. The ancient Romans also honored their mother goddess, Cybele, in a notoriously rowdy springtime celebration and the Celtic Pagans marked the coming of spring with a fertility celebration linking their goddess Brigid together with the first milk of the ewes.


During the 17th century, those living on the British isles initiated a religious celebration of motherhood, called Mothering Sunday, which was held on the forth Sunday during the Lenten season. This holiday featured the reunification of mothers and their children, separated when working class families had to send off their young children to be employed as house servants. On Mothering Sunday, the child servants were allowed to return home for the day to visit with their parents. The holiday's popularity faded in the 19th century, only to be reincarnated during World War II when U.S. servicemen reintroduced the sentimental (and commercial) aspects of the celebration American counterpart.

In the United States, Mother's Day experienced a series of false starts before eventually transitioning into the "Hallmark" holiday that we celebrate today. In 1858, Anna Reeves Jarvis was the first woman to hold an official celebration of mothers, when in her home state of West Virginia, she instituted Mothers' Work Day to raise awareness about local sanitation issues. During the Civil War, she expanded the scope of Mothers' Work Day to include sanitary conditions on both sides of the battlefield.


Meanwhile Julia Ward Howe, author of the "Battle Hymn of the Republic," attempted to institute a national celebration of mothers that honored women's inclinations toward peace (rather than cleanliness). In 1872, she initiated and promoted a Mother's Day for Peace, to be held on June 2, which was celebrated the following year by women in 18 cities across America. The holiday continued to be honored by Bostonian women for another decade, but eventually phased out after Howe stopped underwriting the cost of the celebrations.


Then in 1905, Anna Reeves Javis passed away and her daughter, Anna Javis, took up her mother's torch. Anna swore on her mother's gravesite that she would realize her lifelong dream of creating a national day to honor mothers. In 1907, Anna launched her campaign by handing out white carnations to congregants at her mother's church in Grafton, West Virginia. In 1908, her mother's church acquiesced to Anna's request to hold a special Sunday service in honor of mothers - a tradition that spread the very next year to churches in 46 states. In 1909, Anna left her job and dedicated herself to a full-time letter-writing campaign, imploring politicians, clergymen and civic leaders to institute a national day for mothers.


In 1912, Jarvis' efforts met with success: Her home state of West Virginia adopted an official Mother's Day; two years later, the U.S. Congress passed a Joint Resolution, signed by President Wilson, establishing a national Mother's Day emphasizing the role of women in their families - and not, like Julia Ward Howe's campaign, in the public arena. Ever since, Mother's Day has been celebrated by Americans on the second Sunday in May.


Perhaps the country's greatest proponent of motherhood, Anna Jarvis ironically never had children of her own. Yet that didn't stop her from making the celebration of Mother's Day her lifelong mission. In fact, as the holiday took on a life of its own, Jarvis expressed frequent dismay over its growing commercialization. "I wanted it to be a day of sentiment, not profit," she is quoted as saying.

-source : http://www.holidays.net/mother/story.htm

Hari Ibu : Pendapat 1

SOALAN: SETAHU saya sejarah sambutan Hari Ibu adalah dari kepercayaan agama Kristian iaitu sambutan untuk 'Mother's of Gods'. Namun, boleh dikatakan semua negara meraikannya tanpa mengira bangsa.

Apakah hukumnya dalam Islam sekiranya sambutan ini hanya untuk mengenang jasa ibu kita?

~~~~~~~~~

JAWAPAN: MEMANG Hari Ibu yang disambut sekarang mempunyai sejarah tersendiri. Ada yang menyatakan ia berasal dari Greek purba, iaitu sambutan kepada Cybele, ibu unggul kepada tuhan-tuhan Greek.

Di kalangan masyarakat Rom purba, ia disambut bagi memperingati Juno, dewi orang Rom. Manakala orang Kristian pula menyambutnya secara tahunan, (1) mengingati Maryam ibu kepada Nabi Isa, dan (2) pada kurun ke 16, tradisi orang Kristian mengunjungi "Mother Church" secara tahunan.

Pada hari berkenaan mereka yang bekerja terdiri dari kalangan perantis dan beliawanis muda diberi peluang untuk menemui keluarga masing-masing.

Bagaimanapun berikutan proses sekularisasi, ia disambut bagi mengenang jasa ibu. Kebanyakan negara sekarang mempunyai tarikh tertentu sambutan hari ibu (lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/Mother%27s_day).

Ajaran Islam dari awal lagi menyuruh penganutnya menghargai jasa ibu, tidak hanya di hari-hari tertentu.

Sambutan sehari dengan pelbagai hadiah tidak dapat membalas jasa ibu yang banyak berkorban.

Bagaimanapun, kita masih dibenarkan menyambut hari berkenaan bagi mengenang jasa ibu. Mudah-mudahan ia dapat membawa keinsafan terhadap jasa ibu.

-Sumber : Harian Metro

Monday, May 5, 2008

Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran

Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (التبيان فى اداب حملة القرءان) dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah;

1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah
SWT.
2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-
Quran.
3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan
al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku,
menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak
memakai pakaian yang tidak senonoh.
4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.
5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada
muridnya
6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling
berlemah-lembut antara satu sama lain.
7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan
adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh
guru kepadanya.
8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya
dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah
mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan
sebagainya.
9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.
10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang
tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.
11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.
12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-Quran, seseorang itu
hendaklah terlebih dahulu berwudu’.
13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat
sesuatu yang melalaikan.
-dipetik dari sini

Sunday, May 4, 2008

Koleksi Huraian Sukatan Pelajaran P. Islam

Penulis baru sahaja menjumpai blog seorang ustaz yang menyediakan link kepada semua HSP Tahun 1 hingga Tahun 6, Ting 1 - 5. Harap dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Mana-mana panitia yang masih tidak mengisi fail bahagian HSP... boleh klik di sini

Saturday, May 3, 2008

Hari Guru 2008



Mungkin terlalu awal untuk membincangkan tajuk ini. Namun apalah salahnya kita berkongsi maklumat berkenaan Sambutan Hari Guru 2008.


Tema: GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Lokasi Sambutan Rasmi: DEWAN SERI NEGERI, AYER KEROH, MELAKA
Tarikh: 16 Mei 2008
Masa: 4.00 ptg
Agenda: Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2008
Tetamu Utama: YAB Perdana Menteri Malaysia

info lanjut...

Friday, May 2, 2008

Khutbah 2 Mei 2008

NAJIS RASUAH MENGUGAT INTEGRITI PENGURUSAN
klik di sini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin