Sunday, August 31, 2008

Senyum Kambing - Merdeka


Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan menjelma lagi
Bersyukurku amat sekali
berada di bulan ini
banyak pahala boleh ku miliki

Ramadhan menjelma lagi
Hatiku gembira sekali
Menyambutnya dgn tekad di hati untuk merubah diri ini...

Ramadhan menjelma lagi
berpuasa di siang hari
dapat membersih diri dari segala sakit di hati

Ramadhan menjelma lagi
moga diri ku diberkati
hingga ke akhir nanti
untuk bersua mu Illahi

Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbezar
amadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di sepanjang bulan
ramadhan kami malam terbuang
mukmin berdosa sepanjang bulan

mereka gembira dengan kedatanganmu
kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
tapi malam kami lesu diburu nafsu

hati mereka bercahaya di gilap taqwa
jiwa kami resah dikalang dosatakbir mereka takbir kemenangan

hari yg mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah, lemah tak berdaya
puasa sekadar...
berlapar dan dahaga...

nukilan: insan

di ambil dari blog jQAF SK Bakar Arang, Sg. Petani Kedah

Friday, August 29, 2008

Bajet 2009 (berkaitan Pendidikan)

Teks ucapan Bajet 2009
UCAPAN BAJET 2009 OLEH YAB DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 29 OGOS (JUMAAT) 2008

"KERAJAAN PRIHATIN"

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Meningkatkan Kualiti Pendidikan


Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Pelajaran diperuntukkan RM31 bilion untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah RM1.6 bilion disediakan bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 sekolah rendah dan 41 sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran perkapita dan peralatan baru.

Sejumlah 110 sekolah rendah dan 181 sekolah menengah baru akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah yang telah usang. Di samping itu, RM615 juta disediakan untuk penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. Peruntukan penyelenggaraan ini tidak boleh dipindahkan bagi tujuan lain.

Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1 bilion disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, RM8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, RM627 juta kepada politeknik dan kolej komuniti serta RM37 juta kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak RM4.4 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan.

~~~~~~~~~~~~~~~

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Tuan Yang Dipertua,

Pada masa ini, bagi menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja, kerajaan menyediakan elaun bulanan RM300 kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU yang tidak berupaya bekerja, kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memperluaskan Program Pintar

Tuan Yang Dipertua, Kerajaan mengalu-alukan sumbangan sektor swasta untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hubungan ini, program pintar yang membabitkan pengambilan sekolah angkat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dilancarkan pada 2006. Program ini adalah salah satu daripada inisiatif di bawah program transformasi GLC yang telah berjaya membabitkan 23 syarikat GLC dan anak syarikatnya serta memberi manfaat kepada 152 sekolah di seluruh negara. Antara pencapaian pintar termasuklah peningkatan dalam kadar kelulusan purata murid sekolah serta penambahan bilangan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Program pintar akan diperluaskan kepada penyertaan syarikat swasta bukan GLC dengan sasaran 480 sekolah di seluruh negara menjelang 2012. Keutamaan akan diberi kepada sekolah di Sabah dan Sarawak. Untuk melaksanakan program pintar secara bersepadu dan lebih meluas, kerajaan akan menubuhkan yayasan pintar dengan peruntukan RM20 juta sebagai geran pelancaran.


~~~~~~~~~~~

Untuk teks penuh.. sila klik SINI

Erti MERDEKA... salah kah?

Kisah 1

Jumat pagi yang cerah. Nampak Nipah berjalan tergopoh-gopoh memasuki pejabat.
Seorang rakan sejawat menyambutnya dengan kehairanan.

Aimee: Ei, hang ni dari mana? Tak salin baju kah? (sambil memerhati pakaian Nipah ) Baju semalam kan?

Nipah: hehehe (sambil duduk di kerusinya)

Aimee: Jangan kata hang pi dating lagi dengan jantan tu semalam. (seolah tahu apa jawaban yang akan ia dengar)

Nipah: ala, apa salahnya. Lagi pun aku buat ni bukan free tahu.

Aimee: habuan apa pulak dia nak bagi kat hang? (sinis)

Nipah: tengok je nanti, mesti hang pun surprise. Hehehe (seronok)

Aimee: Hang tak tahu dosa kah? Hang tu bini orang tau. Ada anak, semua cukup. Apalagi yang kurang? (musykil)

Nipah: habis tu yang dia pasang bini 3-4 orang tu apa? Kira betul lah tu? (mendengus marah)

Aimee: Kalau ya pun hang marah kat laki, dosa tau tidok dengan jantan lain.(berbisik)

Nipah: suka hati aku lah. (sambil merapikan rambutnya) Biar dia tahu, “saham” aku masih tinggi lagi

Aimee: sekarang hang cakap lah macam tu, esok lusa dia cerai hang, baru tau, menangis dibuatnya…………..(berusaha menyedarkan sang rakan yang tengah dibuai nafsu)

Nipah: kalau dia ceraikan aku, lagi bagus. Merdeka lah. (mencabar)

Aimee: habis tu, anak-anak hang macam mana? (menanti hiba)

Nipah: ala, depa dah besak, tahu lah macam mana nak jaga diri. Depa nak ikut pak depa pun lagi elok. Senang, tak payah aku runsing bab depa. Dah lah, aku nak pi toilet sat. (sambil bangkit dari kerusinya. Melangkah penuh bongkak, kerana menganggap dirinya “terlalu berharga” sehingga layak berbuat apa saja yang di suka)

~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah 2
Ahad petang yang panas. Bonda terduduk kaku di sofa. Tangannya menggenggam erat sesuatu. Tiba-tiba Alisha muncul di depan pintu. Tanpa ucapan salam, terus meluru masuk lalu membuka kasut tingginya.

Alisha: Bonda pegang apa tu? (hairan)

Bonda; apa ni nak? Kitab apa ni? Ini, risalah apa pula? (sambil menunjukkan bible dan beberapa risalah di tangannya)

Alisha: elok lah bonda dah tahu.(sambil duduk di hadapan bondanya). Saya nak convert. (ringan dia bercakap)

Bonda: nak convert apa pula? Alisha, kita ni orang Islam, bonda, arwah ayah, tok ,nenek semua……..orang Islam. Awat tiba-tiba alisha jadi macam ni?

Alisha: tak tiba-tiba pun. Alisha dah kaji kesemua.

Bonda: habis tu? (hairan)

Alisha: kita ni kan jadi orang Islam pasal tok nenek moyang kita orang Islam kan. Alisha tak suka lah bonda. Dah lah tiap hari kena “menungging” 4-5 kali. Kena bangkit pula awal pagi. Leceh lah bonda. Bising lah hari-hari kena dengar bunyi sumbang tu. Jadi tak boleh buat apa lagi. Tak da kerja lain.

Bonda: Astaghfirullah………..mengucap nak. Kita sholat tu perintah tuhan, supaya kita jadi umat yang baik.

Alisha: Baik apa dia? Tengok je perangai orang Islam. Teruk betul. Kata sembahyang tapi yang depa buat tu, langsung tak bermoral. Ibu tahu, Johannes kan, dia cukup baik. Akhlaknya bagus bonda. Tak pernah marah, tak pernah dengki kat orang. Tak macam orang Islam, buat silap sikit pun dia maki hamun.

Bonda: siapa Johannes? Sejak bila pulak alisha kenal dia? (hatinya makin pilu)

Alisha; tak payah tahu lah bonda.(selamba) Ha, orang Islam kan tak boleh makan ini, tak boleh minum itu. Alisha dah berapa kali dah makan barbeque khinzir dan white white. Hm, sedap. Tak sakit apa pun. Yang Islam tegah-tegah tu buat apa? Tak suka tengok orang seronok kan? (bangga) La ni kan jaman merdeka, dah maju, lepas makan tu, minum ubat lah. Sihat lah badan.

Bonda: lailahaillallah……..alisha, benda tu haram tahu. Benda tu bukan setakat boleh tak boleh dimakan, tapi itu larangan Allah. (air matanya mula mengalir)

Alisha: bonda……….bonda sedar tak, yang bonda tu masih cantik lagi. Tak payah lah pakai benda kat kepala bonda tu. (sambil menunjuk tudung yang dipakai bondanya) Sally punya grandma kan sudah umur 65 tahun, tapi tak pakai pun baju selekeh macam ………….(memonyokkan mulutnya). Walau dah tua, grandma masih bergaya. Pakai mini skirt. Malah pakai you can see. Tak apa pun.

Bonda: oooooo jadi pasal tu lah kebelakangan ini alisha tak mau pakai tudung lagi. (nadanya lemah)

Alisha: leceh lah bonda, pakai tudung tu. Panas. Bonda…bonda….. antara Alicia dan Natalia, mana nama yang lebih bagus? (tersenyum)

Bonda: buat apa? (hatinya makin bergetar)

Alisha: nama untuk convert nanti(ringan ia menjawab)

Bonda:…………(lidahnya kelu, hatinya perih, tak tahu apa yang mesti dibuat untuk menyelamatkan anak kesayangannya yang hendak “memerdekakan” imannya)


dipetik dari Blog ini

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51




Tarikh: 29.8.08 (Jumaat)
Masa : 8AM-12 PM
Tempat: Dewan Slim Village

Tema:
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

satu program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Pengerusi: GPK1 SJKT SLIM VILLAGE
Naib Pengerusi: GB SJKC HO PIN, SLIM VILLAGE
GB SK SLIM VILLAGE

Setiausaha: GK HEM SJKT SLIM VILLAGE



~~~~~~~~~~~~

Aturcara:

8.00 - Perarakan Hari Kemerdekaan

9.00 - Perhimpunan Khas Sempena Hari Kemerdekaan

- Bacaan Doa (GPI SKSV)
- Nyanyian Lagu NegaraKu
- Lagu Tema Perpaduan Teras Kejayaan
- Lagu Malaysia Berjaya
- Lagu Jalur Gemilang


9.15 - Bacaan Perutusan

1. YDP Agong (En. Roslan SKSV)
2. YB Menteri Pelajaran (GPI SJKC Ho PIN)
3. YB Ketua Pengarah Pelajaran KPM (Guru SJKT Slim Village)


- Persembahan Murid (Koir & Sajak)

9.45 - Rehat

10.00 - Aktiviti (Pertandingan Mewarna)

12.00 - Ucapan Penutup & Bersurai

Thursday, August 28, 2008

DOA BULAN KEMERDEKAAN


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat
pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.
Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada
yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh
rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan
yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau
anugerahkan kepada kami.

Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan
dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan
dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan
keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan
kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami
dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
tercinta ini.

Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau
peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang
kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam
keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormatmenghormati
serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran
negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi
bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.


Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang
akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan
kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai
dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis
oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang
sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan
masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda
kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan
negara dan bangsa.

Wednesday, August 27, 2008

Sistem Maklumat Guru Pendidikan Islam




Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPN Perak telah memberi taklimat kepada GPI di Daerah Batang Padang tentang Sistem Maklumat Guru Pendidikan Islam (smgpi), yang mana ia bertujuan untuk mengumpul data semua GPI (termasuk jQAF, GSTT, dll) yang sedang berkhidmat di negeri Perak.

Difahamkan, berdasarkan dapatan pengumpulan data ini akan memudahkan rombakan @ penyusunan GPI dengan lebih teratur dan sistematik berbanding sistem sebelumnya.

GPI SKSV mengharapkan dengan adanya sistem ini maka pengagihan guru agama di sekolah-sekolah lebih telus dan adil.

Untuk peringkat daerah Batang Padang, pengumpulan data yang lengkap akan dilakukan pada 15 September 2008.

(Masa mengisi data untuk setiap guru adalah sekitar 5-10 minit)

***
Untuk pengetahuan, terdapat 2 Guru Agama , 3 jQAF di SKSV. Tidak termasuk PK Koko (opsyen P. Islam yang tidak mengajar Agama). Jumlah Kelas di SKSV ialah 12... PRA 2 kelas...

~~~
GPI SKSV belum upload Sistem tersebut, hanya akan dibuat jika ada permintaan dari pembaca.. sila tinggalkan pesanan di shoutbox atau YM (ID nawfal_07)

Tuesday, August 26, 2008

Taklimat Pengisian Data Guru Pendidikan Islam SR

Satu taklimat tentang Pengisian Data Guru Pendidikan Islam Daerah Batang Padang 2008 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2008
Tempat: SK Datuk Kelana Jalan Pahang Tapah
Masa: 2.30 ptg

*Sila bawa bersama :
a) Komputer Riba
b) Floppy A
c) Extension Wire
d) Disket

Monday, August 25, 2008

Hari Kokurikulum SKSV


1. Jualan Makanan / Minuman - (KANTIN)

2. Tayangan video - (MAKMAL KOMPUTER)

3. Permainan Video -(BILIK AKSES)

4. DJ Corner -( KELAS 1 BIJAK)

5. Jualan Baju Terpakai -(1 BIJAK)

6. Futsal / Bola Jaring - (PADANG)

7. Pertandingan Mewarna - (PRA SEKOLAH)

8. Rumah Hantu - (KELAS 4 BESTARI)

9. Karaoke - (KELAS 1 BESTARI)

Kursus Asas Bahasa Arab Komunikasi

Kursus Asas Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Batang Padang

Tarikh: 26-28 Ogos 2008
Tempat: Bilik Perkembangan Staf SMK Tapah
Masa: 8.00 - 4.00 ptg.

* Seorang GPI (Bukan jQAF) di setiap sekolah diminta hadir.

Antara Penceramah Undangan:
1. Us. Asad
2. Us. Paharuddin
3. Ust. Nornajwa

Saturday, August 23, 2008

Cuti.. Oh.. Cuti...

Kembali ke sekolah...

Insya Allah semua warga SKSV akan kembali bertemu di sekolah pada pagi Isnin ini.. dengan penuh semangat untuk mengharungi hari-hari mendatang..

Minggu akan datang ini agak sibuk bagi warga sekolah.. kerana secara kebetulan beberapa program dirancangkan serentak..

Antaranya:

1. Hari Ko-Kurikulum SKSV
26 Ogos 2008 (SELASA)

2. Majlis Bacaan Yasin Perdana
28 Ogos 2008 (KHAMIS malam)

3. Sambutan Bulan Kemerdekaan
~belum dipastikan tarikh sebenar~

Kepada calon-calon UPSR.. semoga terus kekalkan momentum anda sehingga selesai peperiksaan UPSR dan juga jangan lupa peperiksaan Sijil Pendidikan Islam pada 16 Sept. 2008 (Selasa)

Untuk guru-guru, jangan lupa... tugasan kita untuk menyediakan soalan Ujian Selaras 4 seperti mana yang telah diumumkan sebelum cuti tempohari...

Kepada semua Muslimin.. selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak...

Thursday, August 21, 2008

Program Bacaan Yassin Perdana SKSV





Insya Allah Panitia Pend. Islam SKSV akan mengadakan Program Bacaan Yaa Siin Perdana SKSV seperti berikut:


Tarikh: 28 Ogos 2008
Hari: Khamis (malam Jumaat)
Masa: 7.15 ptg (mula)
Tempat: Dewan Serbaguna SKSV
Khalifah: (to be determined)



Sekian, harap maklum. Syukran.

*sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak untuk tajaan jamuan pada majlis tersebut amat dialukan.. boleh hubungi nawfal_07@yahoo.com untuk info lanjut....

Wednesday, August 20, 2008

TUJUH ORANG YANG DIPANDANG MATI SYAHID

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

Ada tujuh perkara termasuk mati syahid selain dari mati syahid kerana terbunuh dalam peperangan di jalan ALLAH S.W.T iaitu:

  1. Mati kerana sakit perut.
  2. Mati kerana tenggelam.
  3. Mati kerana ditimpa penyakit bengkak pada rusuk badannya.
  4. Orang yang mati kerana sakit kolera.
  5. Orang yang mati terbakar.
  6. Orang yang mati kerana ditimpa runtuhan.
  7. Perempuan yang mati kerana melahirkan.
Sumber: Al-Istikdad Liyaumil Maad
Susunan : Ibnu Hajar Al-Asqalani

-dipetik dari blog Ustazah Cyber

Wednesday, August 13, 2008

Tahukah Anda... SABK di Perak

Menurut data Emis bertarikh 30 Jun 2007, jumlah SABK Menengah di Malaysia ialah 101 buah.. dan 23 daripadanya terletak di negeri Perak..

  1. SMA DAERAH BATANG PADANG, BIDOR.
  2. MAAHAD ISLAHIAH DINIAH, BT 10 LEKIR.
  3. MAAHAD AL-IMAM ASY-SYAFIE, JELAPANG
  4. MAAHAD AL-UMMAH, CHEMOR
  5. SMA AL-HIDAYAH, PARIT ABAS
  6. SMA AT-TAHZIB, TITI SERONG
  7. SMA SHAMSUL MAARIF WATANIAH, TANJUNG PIANDANG
  8. SMA AL-FALAH, PARIT TOK NGAH
  9. MAAHAD EHYA AS-SYARIFF, GUNUNG SEMANGGOL
  10. MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN
  11. SMA AD-DINIAH AL-ISLAMIAH, KG. LALANG, PDG RENGAS
  12. SMA MAAHAD MIZAN, MANONG
  13. SABK MAAHAD NURUL FADZLIAH, SG. SIPUT
  14. SABK MAAHAD AL-YAHYAWIYAH, PDG RENGAS
  15. SMA ULUM SYARIYYAH, BAGAN DATOH
  16. SEK MEN AD-DINIAH, JELUTONG, CGKT JERING
  17. SABK MAAHAD AL-MAARIF AL-ISLAMIAH, BT 9 CGKT JERING
  18. SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, KEMUNTING
  19. SABK MAAHAD TARBIAH AL-ISLAMIAH, BT 8 CGKT JERING
  20. SMA AS-SYUBBANIAH, BATU KURAU
  21. SMA TAN SRI GHAZALI JAWI, GERIK
  22. SMA MAAHAD AL-AZIZ, PARIT
  23. SABL MAAHAD EHYAK DINIAH ISLAMIYAH, KG. GAJAH
Manakala dari 16 buah SABK RENDAH di seluruh negara.. 2 terletak di negeri Perak iaitu..


  1. SRA AL-EHYA AS-SYARIFF, GUNUNG SEMANGGOL
  2. SRA AR-RIDHWANIAH, TELUK MEDAN

Sila klik sini untuk senarai penuh SABK seluruh negara.. ----> SR / SM

Tuesday, August 12, 2008

Pengisian Jawatan Kader PPPS Pend. Islam

Maklumat ini diambil dari http://www.japim.edu.my/

Permohonan Pengisian Jawatan Kader,Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Opsyen Pendidikan Islam

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa terdapat 22 kekosongan jawatan kader bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (opsyen Pendidikan Islam) seperti yang dinyatakan di Lampiran A.Dipohon kerjasama pihak tuan agar dapat mencadangkan calon yang layak dan berminat untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut ke Bahagian ini untuk tindakan selanjutnya.

3. SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI (US. RAMLI B. NIKMAN, 03-8884 7214 ) SELEWAT-LEWATNYA 15 hb OGOS 2008

Sekian.terima kasih.

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Bhgn Pembangunan Pendidikan Islam (LEPAI)

DG48

2

Bhgn Pembangunan Pendidikan Islam (LEPAI)

DG41

3

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bandar Baru Bangi

DG4

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN PENJARA MALAYSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Sekolah Henry Gurney,Keningau,Sabah

DG4

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN AGAMA ISLAM WPKL

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Cawangan Akademik,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

2

CAwangan Pembangunan Guru,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

3

Cawangan Kurikulum dan Ko-Kurikulum,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

4

Cawangan Kurikulum dan Ko-Kurikulum,Bhgn Pelajaran (Unit Peperiksaan dan Penilaian),JAWI KL

DG41

5

Cawangan Naziran,Bahagian Pelajaran

DG41

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Advance Technology Center,Kulim,Kedah

DG41

2

Advance Technology Center,Melaka

DG41

3

Advance Technology Center,Shah Alam,Selangor

DG41

4

Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil,Kedah

DG41

5

Institut Latihan Perindustrian Ipoh,Perak

DG41

6

Institut Latihan Perindustrian Jitra,Kedah

DG41

7

Institut Latihan Perindustrian Kangar,Perlis

DG41

8

Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,Sabah

DG41

9

Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan,Sarawak

DG41

10

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu,Terengganu

DG41

11

Institut Latihan Perindustrian Labuan,Sabah

DG41

12

Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,Johor

DG41

13

Institut Latihan Perindustrian Pedas,Negeri Sembilan

DG41

Monday, August 11, 2008

Beberapa 'download' terkini

Salam untuk semua pengunjung.. khususnya GPI (termasuk sahabat jQAF)

Hasil dari Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam baru-baru ini, GPI berpeluang mendapatkan beberapa dokumen yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di seluruh negara.

Semoga download ini bermanfaat untuk kita semua.. memudahkan proses PnP seharian. Terima kasih.

1. IQRA versi powerpoint
2. Buku Teks P. Islam Tahun 1
3. Buku Teks P. Islam Tahun 2

Terima kasih atas kerjasama JU (Us. Mohd Halim) sahabatdari SKAB (U. Abd Gani) dan SKB4 (U. Khalid) dalam bekerjasama menyampaikan file ini kepada GPI SKSV...

Friday, August 8, 2008

Mari Belajar Bahasa Inggeris

...dipetik dari akhbar The Star

You say ‘tomahto’ and I say ‘tomayto’

Ramblings : By Dr LIM CHIN LAM

ENGLISH is used in many countries — originally Britain, then the countries that started off as colonies, dominions, and protectorates of Britain. It is now used, to varying extents and to various degrees of proficiency, in the rest of the world.

The native English-speaking countries (Australia, Canada, New Zealand and the United States) and those in which English is used to a large extent (India, Malaysia, Fiji, South Africa, Zimbabwe, Uganda, etc.) each have their brand of English. Even then, these different Englishes are generally intelligible to the users of English at large.

But are they?

Let us look at British English (BrE) and American English (AmE, specifically North American English), the two most widely used kinds of English. The English spoken in other countries generally follows BrE or AmE — but with its own peculiarities. In Malaysia, the English we use is of the British variety.

BrE and AmE differ in many areas which I can but try to classify and summarise, with limited examples, within the constraints of this column.

Same words, different pronunciations

The word herb is pronounced HERB in BrE but ERB in AmE.

Other examples: chance (CHAHNS/CHENS – the same difference in vowel sound also in class, command, dance, grass, past); fertile (FERTYL/FERTL); consortium (KONSORTIEM/KONSORSHIUM); route (ROOT/ROWT), schedule (SHEDIUL/SKEDIUL); and so on.

Same words, difference in spelling

Nowadays, the ligatures “æ” and “?” are rarely encountered. BrE tends to separate out the conjoined vowels in print while AmE reduces them to the single letter ‘e’.

Examples: anaemia/anemia, diarrhoea/diarrhea, encyclopaedia/encyclopedia, foetus/fetus, oedema/edema.

Furthermore, AmE tends to differ from BrE in the following ways.

· dropping silent vowels [axe/ax, acknowledgement/acknowledgment, furore/furor/]

· dropping a vowel from a digraph [caulk/calk; gauge/gage, mould/mold]

· reducing doubled consonants to a single consonant [waggon/wagon]

· trimming off unsounded letter clusters [dialogue/dialog, programme/program — except that both BrE and AmE use program to refer to computer software]

· adding, for words ending in an unstressed syllable with a terminal ‘l’, a suffix beginning with a vowel without doubling the final ‘l’ [travelled/traveled, counselling/counseling, medallist/medalist, councillor/councilor, marvellous/marvelous. Note, however, that in words such as compel and propel, where the last syllable is stressed, the BrE-styled compelled and propellant also apply in AmE.]

· choosing –or over –our [colour/color, odour/odor].

Yet, against its common practice of trimming off vowels and consonants, AmE actually adds on a consonant by doubling it in such words as enrol/enroll, enrolment/enrollment, instil/instill, and skilful/skillful.

Other differences are in respect of deletion of vowels [caulk/calk, gauntlet/gantlet]; word-ending –ce/se [defence/defense; pretence/pretense]; and verb suffix –ise/-ize [BrE accepts both, e.g. realise and realize, but AmE normally admits only the –ize suffix; furthermore, AmE extends the –z- ending to words not formed with the original Greek verb suffix –izein, e.g. analyze (BrE analyse), paralyze (BrE paralyse) and advertize (BrE advertise); and differentiation between noun and verb [BrE noun practice, verb practise but AmE noun and verb practice; similarly BrE licence (noun) and license (verb) as against AmE license (noun, verb) — but advice (noun) and advise (verb) and device (noun) and devise (verb) are differentiated in AmE, as in BrE)].

And still there are other differences: -que/-ck [cheque/check, racquet/racket]; ph/f [sulphate/sulfate, draught/draft], -re/-er [centre/center, theatre/theater, manoeuvre/maneuver, calibre/caliber, fibre/fiber]; and a miscellaneous group of one-offs [aluminium/aluminum, candidature/candidacy, jewellery/jewelry, kerb/curb, ketchup/catsup, sceptical/skeptical, storey/story].

Same words, different meanings

Some BrE words seem to have acquired a different meaning after crossing the Atlantic Ocean. For example, dumb means “mute” in Britain but “stupid” in the U.S. The word mad means “insane” in Britain but “very angry, furious” in the U.S.

Homely, meaning “simple and ordinary” in BrE, becomes a disparaging attribute in AmE where it means “unattractive”. The adjective nuts, used predicatively (Are you nuts?), apparently does not exist in Britain but it means “crazy” in AmE.

Different words, same meaning

Americanisms include the use of words different from those used in British English.

For example, in AmE, funny = odd/peculiar, mad = angry, and nuts = mad/crazy. The Americans can be funny (i.e. odd). They can make you mad (i.e. angry) or drive you nuts (i.e. crazy).

Because different words are used for the same things on either side of the Atlantic — and are likely to cause confusion — I take the trouble to put up a longer-than-usual list of examples, as follows:

aerial (BrE) = antenna (AmE),

brinjal = eggplant,

barrister/solicitor = attorney/lawyer,

bill (e.g. for restaurant meal) = check,

boot (of car) = trunk,

conscription = draft,

crossroads = intersection,

counterfeit/false = fake/phoney,

flyover = overpass,

full-stop = period,

fuss = hassle,

groundnut = peanut,

joking = kidding,

leave (of absence) = furlough,

letter-box = mailbox,

maize = corn,

pavement = sidewalk,

petrol = gasoline,

post-mortem = autopsy,

prison = penitentiary,

ragging = hazing,

refuse/rubbish/waste = garbage/trash,

tap = faucet,

taxi (from “taxicab”) = cab (from “taxicab”),

toilet = lavatory/restroom,

torchlight = flashlight,

truant (play truant) = hooky (play hooky),

wrecked (as of a car in an accident) = totaled.

Is that all?

I have thus far covered — adequately, I hope — BrE and AmE differences in words as they are pronounced, as spelt, and as differing in meaning. But the divide between BrE and AmE is not only in words. I shall cover other aspects in a future article.

Thursday, August 7, 2008

Hajarul Aswad & Pengalaman Masuk Kaabah


Sebenarnya tajuk PnP hari ini ialah Hajarul Aswad (Tahun 3). Setelah membaca teks dari buku sumber (DBP) dan mengadakan perbincangan serba sedikit tentang peristiwa meletakkan Hajarul Aswad, murid-murid kurang berpuas hati kerana tiada gambar yang jelas (close-up) untuk Hajarul Aswad, dan bagaimana pula posisi di penjuru sebelah timur seperti yangt diterangkan dalam buku.. maka terus GPI membawa murid ke Makmal yang tersedia.. dan melakukan search google. Dari situ, murid dapat melihat pelbagai gambar Hajarul Aswad dari jenis-jenis shoot yang berbeza. Baru lah terpancar kepuasan di hati mereka. Dari situ mereka terus bertanya apakah yg ada di dalam Kaabah? Kalau di kelas, GPI menjawab Allah a'alam. tetapi dengan dunia serba canggih.. kita dapat menyaksikan apa yang ada di dalam... Kaabah Baitullah...

dan seterusnya.. GPI membacakan kisah ini untuk murid2 menghayati dan memahami kemuliaan Kaabah.. Semoga ilmu ini bermanfaat juga untuk semua para pembaca blog ini.. Salam..


~~~~~~~~~~~~~~~~

Di ambil dari :


http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=11

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah




pengalamanmasukkaabah1.jpg

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.


Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’: 5 )

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

dalamkaabah.jpg


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dalamkaabah2.jpg



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin