Thursday, April 30, 2009

APC 2008



Sekalung Tahniah kepada guru-guru yang telah
menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.

Teruskan Perjuangan..

1. En. Samsul Ali Mohd Basir
2. Pn. Zalifah Noor
3. En. Fadzian Helmy Zulkifi




Wednesday, April 29, 2009

Laporan Berita Minggu: Apa komen guru lain?

Berita Minggu:
Laporan Khas:
Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my

Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

KUALA LUMPUR: Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.
Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

Tips Kesihatan


Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) sebelum tidur dan selepas bangun tidor. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

2. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

3. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...


Sama2lah kita mengamalkannya....... Wallahu A'lam.

Sabda nabi: " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

*disalin daripada blog Panitia Sains SMK PAsir Panjang, Kupang, Baling, Kedah. (Zon Kuala Ketil)
Terima kasih Cikgu Ismi.


Sunday, April 26, 2009

Ujian Selaras TELAH bermula..


DOWNLOAD SEKARANG..
klik pada cover soalan pilihan anda

* Sila pastikan komputer anda menggunakan Word 2007 dan mempunyai font jawi yg standard. Harap Maklum.

(sebarang kesilapan pada kertas ini amat dikesali)
saya guru baru mengajar..kalau salah tolong tunjukkan...





Friday, April 24, 2009

Rangkuman Gambar

Assalamualaikum and peace be uppn you.. to all of you my beloved blog visitors. Here are some pictures which has been snapped along this week. Hope it may satisfy those who asked for it. These pictures are combined from two programs, Mathematics Camp and English Week. (actually not a week, just three days only)

The teachers conducting English Week are as below:

1. Tice Tila
2. Tice Noredah
3. Tice Teoh
4. Tice Fadzyan

Others teachers also invited to be a judge for some competitions. For example, judges for News Reading are Mr. Samsul n Mr. Sharif. Whereas, judges for Spell it Right are: Mdm. Halipah anda Mdm. Nurul. While, for todays Public Speaking Competion, the honorable judges are Mr. Zack anda Mr. Sharif.

We'd like to thank to the English teachers for giving such high expectation and honours to the judges. As proverb said,
"If there is well in the farm, please let us take a bath,
if there is long of ages.. dont forget, invite us again"

Till then, i'm sorry because there would be lot of grammatical errors in my sentences.
Amir always say: I'm sorry! Whose balloon? It's mine!











Thursday, April 23, 2009

Jadual Ujian Selaras 2

Jadual Ujian Selaras 2 SK SLIM VILLAGE
27 - 30 April 2009



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isnin 27 April 2009

BM PEM : 8.00 - 850
BM PEN : 9.00 - 10.15
MATE 2 (THN 3,4,5): 11.00 - 11.40
P.ISLAM / P. MORAL : 11.50 - 12.50

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selasa 28 April 2009


MATE 1 : 8.00 - 9.00
PJK : 9.10 -10.10
JAWI (ISLAM SHJ) : 11.00 - 12.00
KT (THP 2): 12.10 - 1.10


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rabu 29 April 2009

ENG 1 : 8.00 - 8.50
ENG 2 (THP 2): 9.00 - 10.15
SAINS: 11.00 - 12.15
PSK: 12.20 - 1.20


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Khamis 30 April 2009


PSV : 8.00 - 9.00
KH : 9.10 - 10.00
B. ARAB : 9.10 - 10.00
P. MUZIK: 11.00 - 12.00

Disediakan oleh: SUP SKSV Disemak oleh: GB SKSV



Tuesday, April 21, 2009

Kem Matematik

Hari ini Panitia Matematik SKSV dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSV menganjurkan KEM Matematik.

Berikut adalah jadual program:

8.00 AM - Build Timetable Contest
9.00 AM - Dictate Mathematics.
10.00 AM - Rest
10.30 AM - UPSR Answering Technique
12.00 PM - Individual Quiz
1.30 PM - Rest, Lunch & Zohor CONGREGATIONAL PRAYER
2.30 PM - Inter Class Quiz
4.00 PM - Tea
4.15 PM - Explorace

Facilitators:

  1. En. Fadzian
  2. Pn. Halipah
  3. Pn. Zalifah
  4. Pn. Rozita
  5. En. Mohd Norani
  6. En. Kharol
  7. Pn. Nurul
  8. En. Shariffuddin



Sunday, April 19, 2009

Jalinan Mesra.. (Hi-Tea)

Menu:
Nasi Goreng Kerabu Special
Mee Sup Dusun Bay
Bubur Pengat Pisang Abu
Kuih Tepung Pelita
Keropok Ikan 'Made In Gannu'

Appetizer:
Buah Papaya & Timun Cina
Aiskrim perisa Coklat

Minuman:
Jus Oren Sunquick

Sebut harga: RM12.50 per kepala






Saturday, April 18, 2009

Genap setahun..


Salam.. sedar tak sedar.. blog ini sudah menjangkau usia lebih setahun. Bermula sejak 14 April 2008, hasil kursus yg dihadiri... di sebuah PKG di daerahku... hingga kini... 17 April 2009 blog ini telah dilawati sebanyak 15444 JUMLAH KUNJUNGAN. Terima kasih pada pengunjung setia blog ini..

Sekadar menyebut beberapa nama yang selalu memberi komen:

  1. Dun Behrang
  2. sonata anak kancil
  3. pkk_kyan
  4. Firdus_mahadi
  5. Firjah
  6. azlin hashim
  7. hamidi
  8. azlanlin
  9. sk_ladang
  10. cikgu_zack
  11. tice
  12. rosniza2 @ abib
  13. GPI SK Seri Bidor
  14. GPI Telok Menegon
  15. GPI SKAB
  16. GPI Seri Gaya (zha)
  17. GPI Trolak Utara
  18. GPI Besout 4
  19. Anuarmimi
  20. Tuan_mansor
  21. Guru-guru SKSV..
  22. murid-murid SKSV..
  23. Nama-nama lain yg tertinggal...

dan kepada pengunjung unik, yg mencari bahan-bahan berkaitan.. maaf jika apa yg terhidang di sini tidak menepati citarasa dan kehendak sebenar anda.

Doakan semoga blog ini terus aktif.. menyumbang.. info & maklumat, apa saja berkaitan.. dengan Panitia pend. Islam, program-program di SKSV, hal ehwal pendidikan Islam dan isu berkaitan dunia pendidikan...

Wednesday, April 15, 2009

Jamuan Hi-Tea Kelab Guru SKSV

Makluman untuk semua guru / kakitangan SKSV
(termasuk bekas guru/kakitangan yang baru bertukar)

Tajuk : JAMUAN MERAIKAN GURU BERTUKAR KELUAR/MASUK SKSV
Tarikh: 18 April 2009 SABTU
Lokasi: Dusun Bay Cafe (Hulu Bernam Selangor)
Masa : 4 pm – 6 pm
Anjuran: Kelab Guru & Kakitangan SKSV

• PERCUMA untuk ahli kelab guru / kakitangan.
• Bukan ahli RM 12 / Dewasa RM 5 / Kanak-kanak.

* Sila tandatangan pada kertas edaran dan 'tick' ruangan yang berkenaan.


Tuesday, April 14, 2009

Bola Tampar (P) Peringkat Daerah BP 2009

Pertandingan Bola Tampar Perempuan
Bawah 12 Tahun SR Daerah Batang Padang 2009.
Tarikh: 14 April Selasa
Masa: 8.00 - 5.30 pm

Seperti semalam, penulis juga tidak mengulas dengan
terperinci setiap gambar yg dipaparkan di bawah.

Semuanya ada...


KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT
DENGAN LEBIH JELAS DAN BESAR



















Monday, April 13, 2009

Bola Tampar Lelaki Prgkt Daerah

Kata orang.. gambar membawa 1001 pengertian..
penulis tidak mengulas dengan terperinci setiap gambar yg dipaparkan di bawah.
Semuanya ada...


Esok: Bola Tampar Perempuan Peringkat Daerah

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS DAN BESAR
















Sunday, April 12, 2009

Naib Johan Daerah BP Model Kerjaya Karnival Kaunseling

Pada hari Sabtu 11 April 2009 yang lalu, SKSV telah menyertai "KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009" yang bertempat di SM Teknik Slim River.

Dengan Tema: "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara", pada tahun ini buat julung kalinya, Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV menyertai 2 acara serentak iaitu Poster Kerjaya dan Model Kerjaya. Acara lain yang tidak disertai pada tahun ini ialah Folio Kerjaya. (tahun depan.. Insya Allah)

Berikut adaalah nama peserta dan acara yang disertai oleh SKSV:

1. Poster Kerjaya: Mohd Redzwan B. Ab. Rahman (Tahun 6)


2. Model Kerjaya:

Ketua Kumpulan:
Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman

Pembantu:
Nur Syakila Bt. Roslan
Mohd. Zaidi B. Jamaluddin

Guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid-murid ini ialah:
Poster Kerjaya: Pn. Inas Bt. Baharom
Model Kerjaya: En. Shariffuddin B. Ahmad & En. Zakaria B. Abdullah Sani
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut...




GAMBAR 1
A: Sedang menanti di bilik APD tempat acara Model Kerjaya bakal dijalankan.
B: Redzwan SKSV sedang khusyuk melukis.
C: Pemandangan dalam bilik acara Melukis Poster
D: Acara Eksplorasi Alam Kerjaya


GAMBAR 2
A: Hasil kerja SMK Sg. Kruit
B: Kami dah ready ni... Alamak! giliran terakhir.. lambat lagi la..
C: Ini pula hasil kerja SMK...
D: Peserta giliran 1 Model Kerjaya (Ahli Aeroangkasa)


GAMBAR 3
A: Boring menunggu giliran.. Kita 'snap' gambar dulu.. TQ pd Kaunselor SK Trolak Selatan.
B: Kami ingin menjadi DOKTOR VETERINAR ( SK Tapah)
C: Kerjaya pilihan kami ialah PAKAR FORENSIK (JENAYAH) Peserta dari SK Seri Besout ini menjadi JOHAN Model Kerjaya, walaupun hanya menggunakan 2 peserta sahaja, tidak membawa sebarang 'prop' tetapi kelancaran dan penyampaian yang menarik serta diakhiri dengan 'multimedia show' pastinya menarik minat para hakim. (KITA PUN KENA BUAT MACAM NI JUGAK...)
D: Kerjaya yang ingin saya persembahkan ialah Doktor Gigi.

GAMBAR 4
A: Ini adalah antara haiwan yang selalu berkunjung ke klinik kami.. hehehe (Veterinar)
B: Persembahan dari SK Batu 14.. Kaunselornya memilih Murid tahun 4 dan terdiri daripada murid Melayu & OA. Syabas kepada mereka. Satu pendedahan yang berani dan mencabar.
C: Selepas tamat persembahan terakhir. Redzwan juga ingin mencuba baju 'safety helmet & vest'.
D: Laparnya.. tadi tak lalu nak makan, lepas tamat presentation.. terus menuju ke kantin. Dimulakan dengan bismillah...


GAMBAR 5
A: Satu persembahan dalam acara 'Sketsa Kerjaya'. Tetapi audien tidak mendengar apa-apa dialog mereka kerana ketiadaan mikrofon. Harap penganjur beri perhatian.
B&C: Antara 'Kain Rentang' yang menarik..
D: Kehadiran PK Koku SKSV memberi semangat dan galakan kepada para peserta Model & Poster Kerjaya.


GAMBAR 6
A: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, peliharalah akhlak murid kami, peliharalah maruah mereka, pelihara budi pekerti mereka, semoga mereka menjadi insan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Amin.. Amin.. ya Rabbal Alamin. (Pembaca Doa di Majlis Penutup - bidan terjun je ni..)
C: Inilah pengubat kekecewaan Team SKSV.. yang mensasarkan untuk menjadi JOHAN.. tapi dapat NAIB JOHAN. Syukur la tu.. Dah la 1st time masuk.. terus target Johan... emm.. Tak apa.. tahun depan kita try lagi... kan Cikgu Zack?
D: Hadiah tadi disampaikan oleh En. Ab. Hamid B. Fazal Mohamad (Pengetua SM Teknik Slim River), diiringi oleh En. Fauzi Siron (PPD) dan Ustaz Ismail YDP Majlis Guru Kaunseling Perak & juga Kebangsaan

**************************
SENARAI NAMA PEMENANG
(yang akan mewakili Kontinjen Daerah Batang Padang ke peringkat Negeri)


* Folio Kerjaya SR : SK TG. MALIM

* Poster Kerjaya SR : SJKC CHONG HUA 2, BIDOR

* Model Kerjaya: SK SERI BESOUT, SUNGKAI

* Kain Rentang: SMK FELDA BESOUT

* Folio Kerjaya SM : SMK METHODIST TG. MALIM

* Poster Kerjaya SM : SMK CHONG HUA, BIDOR

* Pembinaan Media Maklumat: SMK METHODIST TG. MALIM

* Eksplorasi Alam Kerjaya : SMK AGAMA SLIM RIVER.

* Sketsa Kerjaya: SMK BUYONG ADIL, TAPAH

~~~~~~~~~~
Walaupun beroleh Naib Johan, pastinya warga SKSV boleh berbangga dengan kejayaan ini, kerana ianya menambah lagi senarai kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun 2009. Penulis tidak segan silu untuk mengatakan tahun ini tahun yang 'bertuah' untuk kita semua...

Kata orang : " Ukur baju di badan sendiri.. Orang di sana.. fikirlah sendiri"



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin