Friday, January 27, 2012

Admin baru

Insya Allah blog ini akan kembali berfungsi. Ianya akan diserahkan kepada seorang Guru Pendidikan Islam SKSV yang baru melapor diri pada tahun 2012..

Berita lanjut mengenai pengendali baru akan menyusul selepas ini... tungguuuu...

Monday, February 21, 2011

Selamat Datang ke SKSV

...bagi pihak, warga SKSV mengucapkan Selamat Datang Ahlan wa Sahlan kepada guru baru Opsyen KPLI jQAF B.Arab Ambilan 2011... bagi menemankan Ustazah Ida Noor Fauzana yang telah sekian lama berhempas pulas mengajar B-Arab di SKSV sejak 2006...

Tuesday, January 25, 2011

Yang pergi pasti berganti..

Berikut adalah senarai nama guru yang keluar dan masuk di SKSV setakat ini...

1. Guru Pen. Kanan Kurikulum
Pn. Zaharah Saaid bertukar ke SK Sungai Batu Pantai Remis
DIGANTIKAN oleh En. Abd. Jalil bin Salleh dari SK Behrang

2. Guru Pendidikan Islam
En. Shariffuddin Ahmad ditukarkan ke SK Lambor Kanan, (Perak Tengah)
DIGANTIKAN oleh Pn. Mashitah Bt. Hj. Abd Rashid SK Teluk Kemang, Port Dickson N.9

3. Guru j-QAF
Pn. Nor Azian Ismail ke SK Saujana Impian (Hulu Langat)
DIGANTIKAN oleh Pn. Siti Nor Rahil dari SK Methodist ACS Ipoh

4. Pembantu Pengurusan Murid Kelas Pendidikan Khas Intergrasi
Pn. Siti Nur Sofiana Sopian ke SK Hicom, Shah Alam
DIGANTIKAN oleh... -tiada maklumat-

Friday, January 7, 2011

Blogger telah bertukar...


Entry terakhir...

dari saya... selaku blogger SKSV yang telah bertukar ke SK Lambor Kanan mulai 5 Januari 2011.
Saya mengharapkan ada warga SKSV yang berminat untuk meneruskan / mengaktifkan blog yang telah dibangunkan sejak April 2008 ini.

Sedikit lipatan sejarah, bertukar ke SK Slim Village pada 17 Februari 2007. Sebelum itu pernah bertugas selama 2 tahun 2 bulan (penempatan pertama ) di SK Selat Pulau Kg Gajah yang terletak kira-kira 15 KM dari sekolah terkini.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada diantara entri sebelum ini yang menyentuh perasaan atau mengguris hati anda secara sedar atau tidak sengaja.

Sesungguhnya medium blog ini adalah sangat bermanfaat untuk kita (terutama warga pendidik) dalam menyampaikan maklumat semasa / menyalurkan info terkini berkaitan dunia pendidikan,

Apa yang baik itu adalah dariNYA manakala kesilapan dan kekurangan itu adalah dari saya selaku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan...

Sehingga bertemu lagi...

Harap kalian bersabar menunggu update baru dari editor yang baru...


************

Tahniah kepada murid2 ku yang berjaya masuk ke sekolah berasrama...

1. Amirus Syahiir Amizan : SBPI Gopeng
2. Syadiyah Nazahah Shahrol : SMSains Tapah
3. A'qilah Mohd Basri : SMSains Tapah
4. Mohd Firdaus Shamsul : SMSains Tapah (menarik diri)
5. Nurhanis Safa Zaini : SMKA Slim River
6. Farah Diana Mohd Ariff : SMKA Slim River

-----------
Senarai yang berjaya ke KAA dan RK belum diperolehi...


Tuesday, November 23, 2010

Guru bertukar...

Selamat Berkhidmat di Sekolah Baru..

buat...

Puan Nor Azian Bt. Ismail merupakan guru Pendidikan Islam (opsyen jQAF) yang akan bertukar dari SK Slim Village ke negeri Selangor. Beliau akan melapor diri di sekolah baru di daerah Hulu Langat untuk sesi 2011. Beliau telah berkhidmat di SKSV sejak Januari 2006.

Saya mewakili warga Panitia Pendidikan Islam SKSV mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nor Azian atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Semoga beliau berbahagia dan seronok dengan suasana sekolah baru nanti.





Selain Pn. Nor Azian, terdapat tiga lagi warga SKSV yang turut memohon bertukar. Namun, buat masa ini permohonan mereka tidak diluluskan. Semoga mereka dapat meneruskan khidmat di sekolah semasa dengan terus bersemangat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin