Monday, April 14, 2008

Guru Pendidikan Islam & Blog

Pada hari ini, seramai 45 orang GPI dari kawasan sekitar Kelompok Slim River telah menghadiri Bengkel Membuat Blog Guru Pendidikan Islam di PKG Slim River. Mereka terdiri daripada GPI SM dan SR. Ceramah disampaikan oleh PTP PKG Tg. Malim dan dipengerusikan oleh PTP PKG Slim River. Ini adalah julung-julung kali bengkel seumpamanya yang dihadiri oleh GPI. Bengkel ini diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu 14 dan 15 April 2008.

Objektif bengkel ini adalah supaya GPI dapat membuat perkongsian pintar sesama mereka dalam menguruskan panitia Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.

Selepas ini, jika orang lain sudah lama bercakap mengenai 'blog', tak perluah kalian berasa malu dan tercengang kerana kalian juga telah termasuk dalam komuniti 'bloggers'. Tahniah!

Semoga usaha ini akan dapat membuahkan suatu hasil yang positif untuk kebaikan semua. Insya Allah.

1 comment:

Anonymous said...

Syabas GPI SKSV!!!

Blog kalian pasti dapat dimanfaatkan oleh semuas...disamping melawati n membaca artikels kat sini..mudah-mudahan akan di AMALKAN..apa-apa jua ilmus yang dihighlightkan kat sini..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin