Monday, April 14, 2008

Minggu Semarak Jawi


PENDAHULUAN :

Dalam membudayakan penulisan Jawi yang semakin ditinggalkan mutakhir ini, Panitia Pendidikan Islam mengadakan satu program peringkat sekolah. Dinamakan sebagai MINGGU SEMARAK JAWI bagi memberi kesegaran kepada nyawa tulisan jawi yang semakin lesu.

Jesteru, pelbagai program dirancang bagi menarik minat pelajar dan guru untuk terus menghidupkan suasana seperti zaman terdahulu yang mana guru-guru Bahasa Melayu dan murid mahir dalam tulisan jawi.

Dalam minggu ini akan diadakan beberapa acara yang berkaitan Tulisan Jawi dan Khat. Antaranya: Bijak Membaca Jawi, Mewarna Jawi, Pertandingan Tulisan Jawi, Pertandingan Khat, Pertandingan Ejaan dan Duga Guru. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Kita juga berharap guru-guru masakini turut mengambil berat dalam tulisan Jawi supaya dapat membantu murid mengasah kecekapan mereka dalam hal ini. Bertepatan Sabda Rasulullah: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...”

MATLAMAT :
1. Mewujudkan sebuah sekolah yang sentiasa disuburi dengan syiar Islam.
2. Membentuk satu Generasi yang mencintai warisan Ulama’ terdahulu – membaca kitab-kitab dalam Tulisan Jawi
3. Memperingati tokoh-tokoh yang berkaitan dalam Sejarah Penulisan Jawi.


OBJEKTIF :
1. Menghidupkan budaya Menulis Jawi dengan pengisian aktiviti yang berfaedah dan menarik.
2. Memupuk dan melatih murid-murid kearah mempertingkatkan semangat mempelajari tulisan Jawi.
3. Melatih murid membiasakan diri dengan Seni Tulisan Khat.
4. Melahirkan murid yang berketrampilan dalam meneruskan Seni Khat dalam Agama Islam.

Aktiviti:
1. Bijak Membaca Jawi
2. Mewarna Jawi
3. Pertandingan Tulisan Jawi
4. Pertandingan Khat
5. Pertandingan Ejaan Jawi
6. Duga Guru Kita

KESIMPULAN / PENUTUP

Semoga dengan adanya Program MINGGU SEMARAK JAWI 1429H ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua murid dan warga S.K.S.V di dunia dan akhirat. Insya Allah.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah...Ada usaha-usaha yang gigih untuk memartabatkan semula TULISAN JAWI...

Semoga dapat 'direalisasikan' dalam masa yang terdekat..dan semoga akan berkekalan selamanya walaupun menghadapi pelbagai rintangan..

Semoga dapat dicontohi oleh sekolah-sekolah lain di Malaysia langkah BIJAK SKSV.Insyaallah.Syabas3!!! GPI di SKSV terutamanyer 'master mind' blog PPI SKSV ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin