Tuesday, May 6, 2008

Hari Ibu : Pendapat 1

SOALAN: SETAHU saya sejarah sambutan Hari Ibu adalah dari kepercayaan agama Kristian iaitu sambutan untuk 'Mother's of Gods'. Namun, boleh dikatakan semua negara meraikannya tanpa mengira bangsa.

Apakah hukumnya dalam Islam sekiranya sambutan ini hanya untuk mengenang jasa ibu kita?

~~~~~~~~~

JAWAPAN: MEMANG Hari Ibu yang disambut sekarang mempunyai sejarah tersendiri. Ada yang menyatakan ia berasal dari Greek purba, iaitu sambutan kepada Cybele, ibu unggul kepada tuhan-tuhan Greek.

Di kalangan masyarakat Rom purba, ia disambut bagi memperingati Juno, dewi orang Rom. Manakala orang Kristian pula menyambutnya secara tahunan, (1) mengingati Maryam ibu kepada Nabi Isa, dan (2) pada kurun ke 16, tradisi orang Kristian mengunjungi "Mother Church" secara tahunan.

Pada hari berkenaan mereka yang bekerja terdiri dari kalangan perantis dan beliawanis muda diberi peluang untuk menemui keluarga masing-masing.

Bagaimanapun berikutan proses sekularisasi, ia disambut bagi mengenang jasa ibu. Kebanyakan negara sekarang mempunyai tarikh tertentu sambutan hari ibu (lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/Mother%27s_day).

Ajaran Islam dari awal lagi menyuruh penganutnya menghargai jasa ibu, tidak hanya di hari-hari tertentu.

Sambutan sehari dengan pelbagai hadiah tidak dapat membalas jasa ibu yang banyak berkorban.

Bagaimanapun, kita masih dibenarkan menyambut hari berkenaan bagi mengenang jasa ibu. Mudah-mudahan ia dapat membawa keinsafan terhadap jasa ibu.

-Sumber : Harian Metro

2 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya,hari-hari pun boleh di'takrifkan' sebagai 'Hari Ibu'..

Apa tidak nya? Ini kerana kita kena sentiasa berbakti kepada ibu kita setiap masa...Berbuat baik kepada ibu,bercakap dengan sopan,melayan ibu dengan baik dan sebagainyer adalah 'HADIAH' amat berharga untuk ibu kita..

Ibu tidak mengharapkan '1 HARI KHAS' untuk meraikannyer malah setiap saat beliau dilayan dengan baik adalah IBU kepada segala hadiah itu..

Jadi rasanyer..nak wujudkan 1 hari khas untuk memperingati HARI IBU itu macam condong ke arah kebaratan sahaja pada pandangan saya..

Jadi,saya sebagai seorang ibu anggap biarlah hari-hari pun sebagai HARI IBU

Ajie said...

saya sokong pendapat ini.. sbb itu saya sudah menyambut hari ibu awal bulan April, bila mana pertama kali saya dgr kempen menyambut hari ibu diwar-warkan di radio.. dan saya juga 'spread' pd adik beradik to wish Selamat hari Ibu. Sayang Ibu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin