Saturday, May 24, 2008

Isu Baju Kurung Pelajar.. Apa Komen Anda?

SIARAN MEDIA PKPIM
21 MEI 2008 / 15 JAMADILAWAL 1429H
PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA

Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Namun begitu, isu ini dilupakan seketika apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan.

Konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Namun begitu, masih terdapat mereka yang memandang sambil lewa hal ini. Contohnya baju sekolah pelajar perempuan. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang atau transparent’ untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan. Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita. Sepatutnya, remaja perempuan perlu bersifat assertif terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa. Oleh itu penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.


Munirah Binti Bahari
Naib Presiden HEWI PKPIM

-dipetik dari sini

2 comments:

Anonymous said...

setuju sangat3 dengan kedua2 cadangan tersebut..Buat saja macam sekolah Rendah dan Menengah Agama dan Akademik Swasta yang mewajibkan pelajar perempuan bertudung labuh serta berbaju kurung labuh dan bertshirt berlengan panjang dan labuhnyer melepasi lutut..

Alhamdulillah dan Insyaallah dipelihara Allah senantiasa..Dan senantiasa dipantau kelabuhan tudung dari masa ke semasa untuk memastikan sentiasa menutup aurat mengikut cara islam sebenar...

GPI said...

semoga pandangan anda didengari oleh org atasan.. kita di bawahan ini sama2 lah berdoa..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin