Friday, May 16, 2008

Rangkuman Berita Sempena Hari Guru 2008

BERITA 1...

16 Mei, 2008 18:54 PM

Kementerian Pelajaran Beri Khidmat Terbaik Kepada Warga Guru

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian akan memberi tumpuan kepada isu beban tugas guru yang menjadi agenda utama dalam penggal kedua tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Beliau berkata usaha memantapkan pengurusan sumber manusia, skim perkhidmatan dan perjawatan guru akan terus dilakukan.

"Usaha ini tidak akan terhenti di situ sahaja, bersama kesatuan dan persatuan guru, kita telah sepakat untuk meletakkan isu beban tugas guru sebagai fokus bersama yang perlu ditangani," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-37 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata kementerian berhasrat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi guru melaksanakan tugas hakiki mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping melahirkan guru dan pemimpin pendidikan bertaraf dunia.

"Kita yakin dan percaya, strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan mendapat sokongan dan restu kepimpinan negara," katanya.

Mengenai PIPP, beliau berkata warga pendidik di semua peringkat hendaklah meletakkan iltizam tinggi dan komitmen padu dalam menggerakkan PIPP itu.

"Daripada segi pencapaian, setakat ini kita telah membentangkan Kad Laporan PIPP sebanyak dua kali dan pada hari ini saya dengan bangganya mengumumkan bahawa bukan sahaja kita berada dilandasan yang tepat tetapi realitinya kita berjaya mendahului sasaran kita," katanya. Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil permuafakatan semua pihak termasuk kerja keras guru.

-- BERNAMA.COM.MY

BERITA 2

PM umum 6 insentif perkasa profesion perguruan
oleh Amirullah Abdi Nur


MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan enam insentif bagi memperkasa profesion perguruan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang ini.


Antara insentif itu ialah kerajaan setuju mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

Kerajaan juga setuju meluluskan cadangan guru gred DG41 dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

--BERITA HARIAN.COM.MY--

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin