Monday, June 9, 2008

Info: Khat Kufi



Merupakan kaligrafi tertua, gabungan beberapa skrip dan olahan skrip nabatea (pedagang purba dari selatan Jordan, Qana’an dan bahagian utara Semenanjung Arab). Nama Kufi diperolehi daripada Bandar Kufah yang kini dikenali sebagai Mesopotamia, 100 tahun sebelum nama Kufah ditemui. Malah skrip ini telah mula digunakan di beberapa tempat di Semenanjung Arab sejak awal kemunculan Islam . Skrip ini turut digunakan selama tiga abad dalam penulisan Al-Quran pertama pada tahun 537 S.M.



Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan bentuk segi empat dan garis lurus. Kaedah susunannya pula terdiri dari susunan bersifat memenuhi ruang. Khat jenis ini kebiasaannya ditemui pada matawang dan monumen Seljuk serta pada matawang awal Kerajaan Uthmaniah. Malah bendera Iraq sendiri menggunakan khat Kufi dalam penulisan `Allahu Akbar’ yang dipercayai pada asalnya ditulis tangan oleh bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein.



-diadaptasi dari majalah dan blog

1 comment:

Mohammad Firdaus said...

terdapat banyak jenis Khat Kufi ni, antaranya Khat Kufi Basit, Khat Kufi Musattar, Khat Kufi Mutalasiq, Khat Kufi Muwarraq, Khat Kufi Muzakhraf, Khat Kufi Madfur, Khat Kufi Muzayyin Nafsah, Khat Kufi Muta’assir bil Rasm, Khat Kufi Andalusi, Khat Kufi Fatimi, Khat Kufi Ayubi, dan Khat Kufi Mamluki...

http://www.callidesign.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin