Tuesday, June 24, 2008

Lagi Gambar Kem Ibadah...

Kumpulan1: perbincangan tentang Solat Jamaah, cara makmum masbuk menambah raka'at, menepuk bahu sebagai Imam, menegur Imam yang terkena najis dan lain-alin perkara yang berkaitan.


Murid-murid perempuan sedang menikmati minum pagi pada jam 10.30. Menunya ialah teh tanpa susu dan 3 keping biskut berjenama terkenal. Respon dari peserta, menu tersebut sungguh sedap dan istimewa. Jarang mereka menikmati menu sebegitu di rumah masing-masing.


Kumpulan 1: Sedang menyalin lafaz niat mandi wajib dengan khusyuknya.. walaupun mereka kurang memahami "Perkara yang menyebabkan berlakunya Hadas Besar" Selepas sesi ini, kesemua murid dibawa ke tandas untuk amali mandi hadas. Satu aktiviti yang jarang dilakukan untuk diajar pada murid mutakhir ini. Harapkan pandai-pandai sendiri saja?



Kumpulan 3: Murid sedang diuji bacaan-bacaan dalam solat.. dari Doa Iftitah, bacaan rukuk, sujud, iktidal, duduk antara dua sujud, tahiyyat awal & akhir, doa qunut. Mungkin pembaca mengatakan Murid Tahun 6 sewajibnya telah menguasai semua bacaan tersebut. Hakikatnya, jika diuji seorang demi seorang.. kita akan mendapat hasilan yang mungkin tidak seperti dijangka.



~untuk gambar kumpulan, tunggu posting selanjutnya seketika nanti~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin