Monday, June 30, 2008

Murtad Bukan Hak Asasi

Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak
menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.
Fasal (4) menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.


Ini bermakna Islam di Malaysia bukan seperti Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip
Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat. Ia berbeza
dengan Islam di Malaysia yang telah diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh
perlembagaan. Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan
mengamalkan agama bagi penganut lain. Bagaimanapun itu tidak bermakna
kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4)
iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan umat Islam. Dalam bab lain,
kebebasan hak asasi manusia juga dijamin oleh Perlembagaan di bawah Bahagian
Dua. Namun ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti ketenteraman
awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai.


Sila baca artikel lengkap.. klik sini

ditulis oleh Mohd Aizam Mas’od,
Caw. Aqidah, Bah. Penyelidikan JAKIM

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin