Saturday, August 23, 2008

Kembali ke sekolah...

Insya Allah semua warga SKSV akan kembali bertemu di sekolah pada pagi Isnin ini.. dengan penuh semangat untuk mengharungi hari-hari mendatang..

Minggu akan datang ini agak sibuk bagi warga sekolah.. kerana secara kebetulan beberapa program dirancangkan serentak..

Antaranya:

1. Hari Ko-Kurikulum SKSV
26 Ogos 2008 (SELASA)

2. Majlis Bacaan Yasin Perdana
28 Ogos 2008 (KHAMIS malam)

3. Sambutan Bulan Kemerdekaan
~belum dipastikan tarikh sebenar~

Kepada calon-calon UPSR.. semoga terus kekalkan momentum anda sehingga selesai peperiksaan UPSR dan juga jangan lupa peperiksaan Sijil Pendidikan Islam pada 16 Sept. 2008 (Selasa)

Untuk guru-guru, jangan lupa... tugasan kita untuk menyediakan soalan Ujian Selaras 4 seperti mana yang telah diumumkan sebelum cuti tempohari...

Kepada semua Muslimin.. selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin