Wednesday, August 27, 2008
Sistem Maklumat Guru Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPN Perak telah memberi taklimat kepada GPI di Daerah Batang Padang tentang Sistem Maklumat Guru Pendidikan Islam (smgpi), yang mana ia bertujuan untuk mengumpul data semua GPI (termasuk jQAF, GSTT, dll) yang sedang berkhidmat di negeri Perak.
Difahamkan, berdasarkan dapatan pengumpulan data ini akan memudahkan rombakan @ penyusunan GPI dengan lebih teratur dan sistematik berbanding sistem sebelumnya.
GPI SKSV mengharapkan dengan adanya sistem ini maka pengagihan guru agama di sekolah-sekolah lebih telus dan adil.
Untuk peringkat daerah Batang Padang, pengumpulan data yang lengkap akan dilakukan pada 15 September 2008.
(Masa mengisi data untuk setiap guru adalah sekitar 5-10 minit)
***
Untuk pengetahuan, terdapat 2 Guru Agama , 3 jQAF di SKSV. Tidak termasuk PK Koko (opsyen P. Islam yang tidak mengajar Agama). Jumlah Kelas di SKSV ialah 12... PRA 2 kelas...
~~~
GPI SKSV belum upload Sistem tersebut, hanya akan dibuat jika ada permintaan dari pembaca.. sila tinggalkan pesanan di shoutbox atau YM (ID nawfal_07)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment