Monday, September 1, 2008

ANCAMAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN PUASA

Dalam kitab Targhib disebutkan bahawa apabila seseorang meninggalkan kewajipan puasa dengan sengaja secara i’tiqadi maka ia telah terjatuh dalam kekufuran. Kesimpulan ini berdasarkan riwayat al-Dailami dan dishahihkan oleh Dzahabiy dari Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wa Sallam pernah bersabda:


Sendi-sendi dan dasar-dasar Islam ada tiga. Dan Islam dibangun di atas tiga sendi ini. Barangsiapa meninggalkan salah satu dari ketiganya, maka kufur, dan halallah darahnya; iaitu; mengakui bahawasanya tidak ada Tuhan selain Allah, solat fardhu, dan puasa Ramadhan.” [HR. Abu Ya’la].


Puasa yang ditinggalkan dengan sengaja tidak akan dapat diganti atau diqadha’ dengan puasa sepanjang umur. Rasulullah Saw bersabda:


Barangsiapa berbuka sehari dalam bulan Ramadhan dengan tanpa rukhshah (keringanan) yang telah ditetapkan oleh Allah, maka puasa yang ditinggalkannya itu tidak akan dapat diganti dengan berpuasa sepanjang abad, walaupun ia melakukannya.” [HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi. Lihat dalam Targhib, jld. II, hal. 231].


Barangsiapa berbuka dalam bulan Ramadhan dengan tanpa uzur dan sakit, puasa itu tidak akan dapat diganti dengan puasa sepanjang masa meskipun ia melakukannya.” [HR. Bukhari].


Al-Dzahabi berkata, "Telas jelas bagi kaum mukminin bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan tanpa sakit lebih jahat daripada penzina dan peminum arak, bahkan diragukan keislamannya." (Targhib, Jld. II, Hal. 231-232)

diambil dari blog jQAF SK Gurun (P)
-Us. Yasir... izinkan ye..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin