Friday, September 26, 2008

Majlis Khatam SKSV berjalan lancar

Alhamdulillah, pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Khatam Quran, Penutup Ihya' Ramadhan dan Salam Aidilfitri.

Majlis yg dipengerusikan oleh Ustaz Farhan dimulakan pada jam 845 pagi. Seterusnya Khalifah Khatam Al-Quran mengambil alih tugas dan menjemput seramai 23 orang murid ke atas pentas untuk membaca ayat2 suci al-Quran.

Pada masa yg sama, peserta Tadarus yg berada di frontline dlm dewan tersebut dapat mengikuti bacaan melalui paparan Al-Quran Flash yg disediakan.

Majlis Khatam diakhiri dengan bacaan Doa Khatam Quran pada jam 9.30 pagi.

Seterusnya hadirin dihidangkan dengan satu persembahan Rawi @ Berzanji yg disampaikan oleh Tn. Hj. Anuar.(untuk sesi ini, beliau memilih utk membaca versi bahasa melayu supaya ianya lebih mudah difahami oleh murid dan guru lain)

Majlis berhenti rehat selama kira-kira 30 minit... dan mereka semua masuk ke dewan semula kerana terpanggil untuk menonton klip Upin dan Ipin yang ditayangkan semasa penghujung rehat. (saja je pasang.. walau dah berulangkali tengok)

Seterusnya, persembahan dari Team Kalam Jamaa'ie yg akan bertanding pada Khamis 9 Okt untuk peringkat kelompok. Juga bacaan Al-Quran dari wakil lelaki dan perempuan...

Kira-kira jam 11 pagi.. majlis penyampaian Wang Raya untuk 12 murid Yatim, 23 murid Khatam dan 72 peserta Tadarus untuk tahun ini. Kesemua mereka menerima sampul yang berlainan jumlah RM.. serta bunga telur sebagai tanda kenangan.

Selebihnya, semua murid Islam beratur untuk menerima duit raya masing-masing. Kemudian majlis diakhiri dengan ucapan Salam Lebaran dari pihak pentadbiran sekolah dan beberapa guru yg 'terpilih' (termasuk saya)

Majlis bersurai kira-kira jam 12tgh selepas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara guru dan murid..

***

Gambar-gambar majlis akan dimasukkan dlm posting lain slps Hari Raya insya Allah...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin