Monday, September 15, 2008

Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam 2008

Sepertimana yang kita sedia maklum, pagi esok akan diadakan peperiksaan khas untuk semua murid Tahun 6 di Negeri Perak untuk Sijil Pendidikan Islam Tahun 6.

Peperiksaan ini mempunyai 4 komponen iaitu:
a) Bacaan
b) Hafazan
c) Pendidikan Islam (bertulis)
d) Pelajaran Jawi (bertulis)

Komponen A & B telah dilaksanakan terlebih awal sebelum ini. Manakala komponen C & D akan diadakan pada esok (Selasa) seperti jadual di bawah:

Pendidikan Islam : 8.30 - 9.30 am
Pelajaran Jawi : 10.00 - 11.00 am

*Untuk kertas Pendidikan Islam, kertas disediakan dalam tulisan RUMI. Mengapakah ianya ditulis dalam RUMI? dan tidak dibuat dalam JAWI... Mungkin guru-guru yang mengajar tahun 6 ada jawapannya..

* Soalan pada kebiasaannya mengandungi pelbagai tajuk untuk pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Murid-murid perlu mengulangkaji kedua-dua buku. Mujurlah ada Buku Teks edisi komputer. Mudah ditunjukkan tajuk-tajuk yang dibincangkan menggunakan kemudahan ICT.

Berdasarkan soalan-soalan lalu:

* Bahagian Al-Quran (Bacaan, Hafazan, Tajwid, Surah Kefahaman) biasanya mewakili hampir 50% soalan manakala selebihnya ialah bahagian Ulum Syariyyah (Ibadah, Aqidah, Sirah, Akhlak)

* Bahagian Pelajaran Jawi turut menyelitkan beberapa soalan berkaitan Khat (sila bawa pensel Khat masing-masing)

~~~

Kelas Intensif Ulangkaji telah diadakan sehari suntuk pada hari ini. Moga apa yang dibincangkan tadi sedikit sebanyak dapat membantu 40 orang murid SKSV menjawab pada esok hari. (yang hadir pada hari ini 32 orang sahaja)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin