Thursday, October 23, 2008

Info dari rombongan...




Serba sedikit info yang ingin dikongsi...

Berbaloikah kita buat rombongan jauh-jauh..? contohnya ke Pulau Langkawi... dengan murid-murid sekolah rendah.. berapa pula yuran yang patut dikenakan kepada mereka...

Jadi di sini.. penulis ingin memaklumkan dari apa yang murid dapat dari yuran yang dibayar sebanyak RM120.. Supaya pembaca dapat memberi respon...

1. Tiket Keretapi dua hala (Slim River - Arau - Slim River)
2. Bas dari stesen Arau ke Jeti Kuala Perlis
3. Tiket Feri dua hala
4. Bas sepanjang lawatan di Pulau Langkawi
5. Penginapan (hostel) katil double decker
6. Makan minum sepanjang lawatan 3 hari 2 malam
7. Tiket masuk ke Makam Mahsuri
8. Tiket menaiki Kereta Kabel
9. Tiket masuk ke Galeria Perdana
10. Sehelai baju round-neck Langkawi
11. CD Gambar Kenangan di Langkawi
12. Cenderahati Langkawi

*berbanding dengan sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar yang turut membuat rombongan yang sama.. (pergi balik bersama kami dalam tren KTM) mengenakan yuran RM190...

2 comments:

Rosnizar said...

Ok laa tu...Sebenarnya pengalaman yg murid dapat tu lbh berharga drpd nilai wang yg dikeluarkan... Pengalaman bersama rakan2... pengalaman menguruskan diri apabila jauh drpd keluarga...dan yg x boleh dibeli di mana2..."kenangan"... mrk x akan lupa seumur hidup...

GPI SKSV said...

dan.. antara pengalaman yang sangat mahal.. seorang peserta lelaki JATUH katil.. luka yg agak serius di dahi dan bibir. Takut nak bagitau cikgu.. sebab pandai2 syer satu katil 2 orang. Dah subuh baru nak bagitau... terus dibawa ke Hospital Langkawi.. (mujur cikgu Sam ada sewa Gen2..)

rasa2 nya.. itulah yg paling MAHAL...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin