Monday, October 27, 2008

Sedikit coretan..



Cuma tinggal 3 minggu lagi persekolahan pada tahun ini.. untuk pengetahuan semua, murid di SKSV akan menduduki PKSR2 pada awal bulan November nanti.. (kira-kiranya minggu depan la...)

Penulis doakan agar semua murid dapat menumpukan 100% perhatian pada ujian akhir ini.. al-maklumlah, mutakhir ini senario di SKSV agak sibuk dengan pelbagai program dan sambutan.. harap ianya tidak menjejaskan kualiti PnP seperti yang sepatutnya.

Dikhabarkan juga esok, Guru Besar SKSV akan kembali bertugas setelah cuti sakit sejak pertengahan bulan Ramadhan lalu. Para guru SKSV mendoakan agar Guru Besar dapat kembali bertugas seperti sediakala.

Kalau sebelum ini, para guru sibuk menyiapkan markah untuk Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) tetapi pada kali ini, ianya di'tunda' pada tahun berikutnya..

Oleh yang demikian, para guru akan menanda kertas-kertas PKSR pada masa cuti.. (baru la syoq) Harap-harap takda pula guru yang kehilangan skrip kertas jawapan dalam masa cuti panjang nanti.

Bagaimana pula dengan blog ini? Adakah ianya akan aktif seperti hari-hari persekolahan biasa? atau turut bercuti seperti sekolahnya juga? ~Allah a'alam~

Itu sahaja buat kali ini.. wa ilal liqa' ma'as salamah...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin