Saturday, October 18, 2008

Sejarah dalam UPSR 2010 - Pendidikan Islam ?




KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memasukkan mata pelajaran Sejarah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekiranya subjek itu diajar bermula di peringkat tahun tiga sekolah rendah, pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah dijangka beroperasi 2010.

“Kita mengambil kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu subjek Sejarah diwajibkan di peringkat sekolah rendah bermula tahun tiga sehingga tingkatan lima.

“Sukatan pelajarannya ditentukan selepas perbincangan mendalam dilaksanakan membabitkan semua pihak dan mereka berminat," katanya.

dipetik dari Harian Metro 17 Okt. 2008


~~~~~~~
* Bagaimana pula dengan nasib subjek Pendidikan Islam? Seingat penulis, pada tahun 2004 pernah kedengaran sosek-sosek mengatakan ianya akan dimasukkan ke dalam subjek UPSR.. namun hingga sekarang ianya BELUM menjadi kenyataan.. Tup..tup.. subjek SEJARAH pula yang mendapat tempat. Diharapkan kita semua, ibu bapa dan guru-guru yang inginkan anak muridnya mengambil berat dalam pencapaian subjek ini, warga GPI dan pegawai-pegawai di BPI (Bhgn Pendidikan Islam) akan terus berusaha memartabatkan subjek Pendidikan Islam ke arah makam yang lebih terbilang.

1 comment:

Anonymous said...

zaman dulu kita belajar 'HISTORY' dan dimasukkan dalan Year 5 Assessment exam...So,elok jer di masukkan semula sejarah dalam UPSR..agar murid sekolah rendah tahu perkembangan serta faktor-faktor sejarah KEMASUKAN ISLAM ke negara kita KHASnyer dan baru dapat menghayati ILMUs ISLAM dengan sepenuh hati dan meletakkan ALLAH no 1 dalam hati dan dalam apa jua perkara yang dilakukan serta meletakkan subject agama ISLAM di tangga no 1 dalam senarai subjects yang wajib dipelajari...

Secara sedar,kita dapati hanya dengan memartabatkan subject agama Islam sebagai subject terpenting(teras utama) akan dapat mengatasi dengan izinNya walaupun dalam jangkamasa yang tidak segera segala jenis masalah dan penyakit sosial yang sedang menular dengan seriusnyer baik dikalangan murid sekolah rendah,menengah,pusat pengajian tinggi dan juga masyarakat dewasa...amnya..

Ada hubungkaitnya dengan masalah yang ustaz HIGHLIGHTKAN mengenai video clip 'jelek' pada post sebelum ini..

So,saya amat setuju kalau subject Agama Islam diiringi dengan subject Sejarah dijadikan subject teras dan dimasukkan dalam UPSR 2010..Insyaallah kalau diimplementkan dengan bijak dan committed oleh GPI n j-QAF dalam P n P mengenai sejarah Islam... saya yakin segala masalah akan dapat diatasi dan pemantapan aqidah dikalangan pelajar Islam akan dapat direalisasikan.Apa yang berlaku dulu memang berlaku sekarang..Macam 'RASUAH'..Kalau murid tak belajar sejarah,besar kemungkinan mereka tak tahu bahawa sikap ini adalah turun temurun..dan kedatangan Islam telah banyak merubah keadaan apabila ajaran Islam disebarkan dan sedikit sebanyak masyarakat tahu mengenai HUKUM ISLAM

Begitu juga tingkah laku pelajar sekarang dah tercalar dek budaya yg memusuhi Islam..Ketaatan terhadap Allah,ibubapa,pemimpin,guru-guru dan negara...menjelaskan keadaan..So,ada lah perlu diimplementkan semula subject sejarah sepertimana zaman dahulu kala...dimana kecintaan pada Allah,ibubapa dll serta nilai-nilai murni dapat dipupuk semula..

Wallahualam
..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin