Monday, November 24, 2008

Banjir...Oh Banjir...

Cuaca di kawasan Slim River dan Tanjung Malim hujan renyai-renyai sejak minggu lepas. Air sungai juga semakin melimpah melebih paras hari-hari biasa. Sungai-sungai mengalirkan air 'teh susu' dengan deras...

Sebentar tadi, penulis menjengok ke sekolah untuk beberapa urusan yang tertangguh. Dikhabarkan, petang semalam jalan Slim River ke Slim Village ditutup di kawasan Kg. Rasau kerana jalanraya telah dinaiki air. Mujurlah penulis tidak terperangkap di sana.. (jalan Slim Village - Behrang Ulu juga berisiko tinggi kerana selalu berlaku kejadian pokok tumbang.. dan juga cerun tanah yang merisaukan para pengguna)

Di sini, penulis ingin menasihatkan kepada murid-murid SKSV yang sedang bercuti.. supaya tidak menghampiri kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.. Terutama di tepian Sungai Slim... dan juga Sungai Bil.. Murid-murid di Kg Rasau, Kg. Lintah-Piong, Sg. Jurong, Kg. Tambak, Kg. Penderas, Kg. Sawa, Ladang Cluny dan Kg. Orang Asli diharap dapat menjaga keselamatan masing-masing. Ingatkan pada kawan-kawan anda yang leka bermain air...

Kepada para kaki pancing.. masa ini bukanlah masa yang terbaik untuk anda... Berehat di rumah sajalah..
Tasik YDP berdekatan Kg. Balun di Pekan Slim juga sudah melimpah nampaknya..Bersiap-siagalah..



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin