Wednesday, November 19, 2008

Bantuan pun tiba...

Tajuk ini merujuk kepada kejadian yang menimpa seorang Penolong Pegawai Istinbat, Pejabat Mufti Perak yang mati dibunuh di Stesen Petronas mingggu lalu...

Sebentar tadi di tv3.. YPM akan menaja kos pembelajaran anak-anak mangsa (Alhamdulillah)

***

Malam ini pula, saya terjumpa tajuk ini:


IPOH : Persatuan Pengusaha Stesyen Minyak Petroleum menyumbang hampir RM 10 ribu kepada keluarga Allahyarham Ustaz Khairuddin, Penolong Pegawai Pentadbir di Pejabat Mufti Perak yang terkorban dalam peristiwa rompakan yang berlaku di Stesyen Petronas, Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar baru-baru ini. Sumbangan tersebut merupakan derma kilat yang dilancarkan dalam majlis Makan Malam di Casuarina Hotel yang dianjurkan oleh Persatuan tersebut. Kebanyakan tetamu yang hadir 95 % daripadanya ialah bukan Islam. Majlis tersebut dihadiri oleh YAB MB Perak yang menjadi tetamu utama mereka. Mereka bersimpati dengan keluarga Ustaz Khairuddin, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Yang sulung berusia 14 tahun manakala yang bongsu baru berumur empat bulan.

****

Dan SMS yang penulis terima sebentar tadi daripada adik arwah (sahabat karib saya) mengatakan penjenayah telah berjaya ditangkap. Semoga mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan...


2 comments:

azlin hashim said...

Motif pembunuhan apa? Pembunuhan berlaku di mana2 sahaja skrg nie. Nyawa tu mcm dah tak berharga langsung.. Hilang terus rasa kasih sayang sesama manusia.

Apapun, Al-Fatihah utk Allahyarham. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin.

GPI said...

Sila rujuk entry tajuk ini...

http://sksv.blogspot.com/2008/11/kematian-al-fatihah.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin