Thursday, November 6, 2008

Data SSQS

Buat masa ini.. kesibukan menyerang para guru, yang sememangnya sibuk menjaga kelas -kelas peperiksaan.. di samping menyemak skrip jawapan.. serta menyelesaikan Sijil Berhenti sekolah (untuk murid Thn 6) dan juga persiapan untuk Hari keluarga anjuran Kelab Guru di Kuala Woh pada hujung minggu ini.. (jadi ke?)... Penyelaras Bestari pula sangat sibuk dengan tugasan penting iaitu mengisi dan mengedarkan borang-borang untuk responden dari guru dan murid terpilih dalam mengisi data SSQS..



Apa itu SSQS? SKSV sajakah yang telibat?

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia

---> Sistem SSQS hanya boleh diakses oleh sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti terlebih dahulu oleh BTP untuk mengambil bahagian dalam sesi penarafan bintang untuk pembestarian sekolah. Hanya sekolah yang terlibat sahaja akan diberi kebenaran untuk akses sistem tersebut.



** kepada En. Halin (Penyelaras Bestari) , jangan lupa kawan-kawan lain... walau jadual terlalu padat dengan kesibukan anda.. Tahniah atas kejayaan me'wifi'kan SKSV.. (termasuk printernya sekali) memang susah nak cari sekolah kampung yang 'bestari'.. agak-agak dapat berapa BINTANG dalam SSQS ni?



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin