Monday, November 3, 2008

Kursus..oh...kursus..




Salam untuk semua pelawat blog ini.. baik yg setia, ataupun yg 'terlawat' tanpa niat..maaf dipinta kerana lama betul rasanya tidak mengemaskini blog ini.. posting terakhir berkaitan kalkulator saintifik pd hari rabu yg lalu.. (mungkinkah penulis sudah 'addicted' pada dunia blog?) kerana dlm masa 4 hari itu penulis tidak berkesempatan online.. atas urusan peribadi.. ke negeri Serambi Mekah..

Untuk hari ini. Isnin.. penulis br shj pulang dari kursus sehari.. (seperti tajuk hari ini) iaitu Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Fasa 4 yang diadakan di Makmal Bahasa SMK Tapah. (sepanjang perkhidmatan penulis sejak mula bertugas.. adalah kali ke 3 menghadiri kursus seumpama...

1. di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan 2006
2. Hotel Seri Malaysia Ipoh 2007
(sebilik dengan Arwah Ustaz Rusli Din - meninggal dunia pada 4 Disember 2007 - Al-Fatihah)

Kehadiran peserta kursus pada hari ini adalah 77 orang.. Penghulu : Us. Mohd Fauzi SK Pendita Zaaba) dan antara pengisian kursus pada hari ini ialah:

1- Fiqh Awlawiyyat Dalam Pengurusan Pendidikan Islam
(oleh Al-fadhil Us. Abd Qahar Awang Karim GPI SMK Pasir Puteh, Ipoh)
2- PIPP dan Isu Semasa Dalam Pendidikan
(oleh Al- Fadhil Ust Hamizun, SK Pendita Zaaba, Tapah Road)
3- Sumbangan Guru Pendidikan Islam Melestarikan Negara Bangsa
(oleh Al- Fadhil Ghazali, SK Sg. Lesong)
4- Ucapan Majlis Perasmian Penutup
(oleh Tn Hj Mohd Shamsul B. Kamal, Pegawai Unit Dakwah SPI, JPN Perak.)

Untuk kursus hari ini. 2 GPI dr SKSV dikehendaki hadir ke kursus ini iaitu penulis sendiri.. dan juga KP Pend. Islam SKSV.

Esok pula 2 orang GPI (jQAF) iaitu Usth Ida dan Usth Kalsum akan menghadiri kursus yg dinamakan Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF) di tempat yang sama..

Pengisiannya pula (berdasarkan blog Us. Nazri) seperti berikut:

1- Peranan GPI Ke Arah Memartabatkan Negara Bangsa di Malaysia: Realiti dan Cabaran
2- Protokol dan Etika Kerja GPI
3- Diskusi: Dasar-dasar Kerajaan Dalam Pendidikan Islam
Ucapan Majlis Perasmian Penutup


itu saja untuk hari ini.. semoga kursus ini membawa 1001 manfaat untuk yg hadir..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin