Monday, November 17, 2008

Majlis Perpisahan




Pada akhir tahun ini, SKSV akan kehilangan sebutir permata yang sangat berjasa kepada anak bangsa.. yang telah sekian lama bertugas di sekolah ini.. dan ingin pulang menabur bakti di kampung halaman beliau. Orang yang dimaksudkan ialah TN. HJ. ANUAR BIN ABD. GHANI.

Beliau telah berjaya bertukar ke negeri kelahirannya iaitu Kedah negeri Jelapang Padi. Dalam ucapannya beliau menyatakan, beliau telah bertugas di SKSV ini sejak tahun 1998.. semasa beliau masih bujang.. Sekolah keduanya selepas SJKC Chenderiang Tapah. Pelbagai kisah suka dan suka sepanjang 1 dekad beliau bertugas di sini, kalau ingin diceritakan semuanya mungkin memakan masa 3 hari 3 malam..

Dengan perpindahan beliau juga, bermakna Daerah Batang Padang juga akan terasa kehilangan QARI (wakil Guru) Tilawah Kakitangan KPM untuk ke peringkat Negeri Perak.. kerana sepanjang pengetahuan penulis, beliau telah mewakili daerah Batang Padang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. Beliau juga mahir dalam ilmu Tarannum dan Berzanji.
SKSV juga dijangka akan kehilangan peserta Tilawah Lelaki (yang juga merupakan anak sulung kepada Tn. Hj. Anuar) yang dikhabarkan akan turut bertukar sekolah...

Tn. Hj. Anuar juga merupakan seorang Imam yang bertugas di Masjid Slim Village.. dan penulis ada menyatakan secara gurauan: "Jangan bersedih semasa menyampaikan Khutbah Wida' nanti.." Katanya:

Yang patah kan tumbuh,
yang hilang kan pasti berganti..
Penulis membalas:
Dua tiga kucing berlari.. mana nak sama si kucing belang.. (sambung..)

Beliau juga berpesan kepada semua: jika ada kelapangan bolehlah menghantar email atau YM kepadanya di alamat: anuarmimi@yahoo.com

Semoga jarak tidak menjadi penghalang untuk Tn. Hj. Anuar
terus berhubung dengan warga SKSV pada masa akan datang..

Akhirnya..
Kalau ada jarum yang patah.. jangan di simpan di dalam peti.. Kalau ada silap dan salah.. jangan di simpan di dalam hati.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin