Monday, December 1, 2008

Al-Fatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran

dipetik dari BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat hari ini bertafakur untuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia secara mengejut Jumaat lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan sesi pagi ini telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Razali dan meminta anggota dewan beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Kuala Terengganu itu.

Ucapan takziah juga dibuat oleh anggota dewan, baik daripada BN dan pembangkang yang bangun untuk mengemukakan soalan lisan, serta menteri dan timbalan menteri yang menjawab soalan.

Razali meninggal dunia semasa bermain badminton semasa menghadiri konvensyen mengenai pelan induk pembangunan pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di Genting Highlands.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu. - Bernama


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin