Friday, December 5, 2008

Guru Agama Prasekolah

Mungkin para pembaca (khususnya di kalangan warga pendidik) sedia maklum akan kewujudan guru agama di kelas prasekolah yang ada di sekolah masing-masing. Namun begitu mungkin ramai dari kita tidak mengetahui tentang status guru yang mengajar subjek agama di kelas prasekolah tersebut. Dan juga dari segi kekangan tenaga yang dihantar untuk mengajar di kelas prasekolah.

Dari segi latihan ikhtisas, sememangnya ramai guru agama telah dihantar mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan KDP Prasekolah Pendidikan Islam selama 2 minggu di maktab-maktab (sekarang berstatus IPG) terpilih. Oleh itu, guru yang menghadiri kursus akan diminta untuk mengajar subjek Agama di kelas prasekolah dengan kekerapan 4 masa (2 jam) seminggu. Itu juga bergantung pada arahan pentadbiran sekolah dan juga jumlah waktu agama normal guru tersebut..

Apa yang ingin penulis highlightkan di sini ialah tentang berita ‘hearsay’ yang mengatakan mulai sesi 2009, sekolah-sekolah terpilih akan mula menerima “Penempatan Guru Agama Prasekolah Luar Kuota”. Ini termasuklah dua buah sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal penulis. Bagaimana pula dengan SKSV? Atau sekolah anda? Maksud luar kuota… sama seperti guru jQAF yang juga termasuk dalam kategori luar kuota…

Dari segi penempatan tersebut, tidaklah dapat dipastikan samada ianya terdiri dari guru lepasan IPG yang fresh, atau lantikan di kalangan guru yang telah menghadiri kursus KDP dan berpengalaman mengajar Agama Prasekolah pada tahun-tahun sebelum ini..

Oleh itu, penulis ingin mendengar feedback dari pelawat blog ini yang mempunyai maklumat tentang perkara yang dinyatakan.. silalah berikan komen @ info..

* Penulis juga pernah menghadiri KDP 2 Minggu tersebut pada bulan September 2005 di M.P.Ipoh… masih ingat hanya ada 3 peserta lelaki.. dari SK Selat Pulau, SK Changkat Lada 2 dan SK Seri Pangkor… yang lainnya.. perempuan…


3 comments:

Fauziah said...

Assalamualaikum
sebagaimana diketahui walaupun guru agama telah menghadiri kursus untuk mengajar di kelas prasekolah, namun masa yang mereka luangkan untuk ke kelas prasekolah hanya 1 jam sahaja. Ramai yang berhutang 1 jam setiap minggu dengan murid prasekolah. Nak buat macamana sebab pihak pentadbiran merasakan prasekolah ni kurang penting. Sedih rasanya.
Kami guru opsyen ni memang tak layak nak mengajar PI di kelas prasekolah namun itulah realiti bila hampir kebanyakan sekolah tidak mempunyai guru agama yang dipertanggungjawabkan mengajar di kelas.
Kalau benar ada cadangan nk jadikan guru agama beredar untuk beberapa kelas prasekolah, Alhamdulillah. Itulah yang kami guru prasekolah harapkan selama ini. Semoga rasa bertanggungjawab terhadap konsep asas Islam dapat diterapkan sebaik mungkin di peringkat anak kecil ini di kalangan guru agama. Jangan ada yang menganggap mudah pendidikan awal ini.

Anonymous said...

salams

program yang bagus sekali..TETAPI jangan disalahgunakan tenaga GURU AGAMA TERSEBUT..sudahlah..

Kadang-kadang pentadbir mengambil jalan mudah untuk menggunakan khidmat sesapa saja yg mempunyai kurang MASA atau masa FREE yg sama dgn guru yg bercuti untuk dijadikan guru relief yang 'berkala'

Dan guru agama prasekolah yang dilantik juga perlu memiliki komitment yang tinggi terhadap tugas yang dipertanggunjawabkan..

Insyaallah semuanya akan SELAMAT dan objektif penwujudan guru agama prasekolah dapat dicapai/direalisasikan.

GPI SKSV said...

Terima kasih pd Cikgu Fauziah dan Anonymous atas respond yang diberikan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin