Tuesday, December 30, 2008

Kembali Ke Sekolah...

Kita selalu terbaca iklan di tiang-tiang jalanraya, billboard, atau di dada akhbar.. "Jualan Kembali Ke Sekolah"... tapi kali ini, bukan 'Jualan' yang kembali ke sekolahh.. kerana sememangnya jualan itu hanya berlaku di pasaraya atau kedai-kedai yang menjual peralatan sekolah..

Untuk murid-murid yang belajar di SKSV.. mungkin mereka telah berkunjung ke kedai-kedai atau Pasaraya seperti: TF Value Mart, Famili Mart, GrandBuy, Bilion, BB Kim Wah, Kellass, Grand Union, atau beberapa kedai lain yang tidak dinyatakan di sini...

Atau mungkin ada di antara ibubapa mereka yang berkemampuan, membeli di bandar lain yang lebih jauh.. seperti di Rawang (Giant, Jusco, Mydin, Bintang) atau di Tesco Kampar. Mungkin juga ada ke The Store Teluk Intan..

Itu semua adalah bergantung kepada kepandaian atau kemampuan ibubapa menguruskan keperluan persekolahan anak-anak SKSV. Jikalau pakaian tahun lepas masih elok dan baru, kenapa perlu membazir? Keadaan ekonomi sekarang menggalakkan kita semua berjimat-cermat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu bukanlah tujuan utama entry ini. Sebenarnya lebih kepada mengalu-alukan kehadiran warga GURU SKSV ke sekolah esok untuk menghadiri mesyuarat. Dijadualkan bermula seawal pagi, mungkin berlanjutan hingga ke tengahari. Semestinya para guru telah bersiap siaga (sedia?) untuk menerima serahan tugas daripada GB dan barisan PK.

Penulis baru saja mendapat khabar mengatakan terdapat dua guru SKSV akan bertukar ke sekolah lain. Dan juga ada beberapa guru baru akan (atau sudah) melapor diri di SKSV.

Itu semua akan diumumkan di sini selepas menerima pengesahan daripada pihak pengurusan.

# Persoalannya.. masihkah GPI SKSV akan mengajar di SKSV? atau turut ditukarkan ke sekolah lain? Dan adakah GPI akan terus mengajar subjek PI di SKSV...? Atau mendapat subjek-subjek lain...
Rasanya.. isu itu tidak timbul.

Sudah menjadi kelaziman, guru opsyen PI akan tetap mengajar PI.. forever and ever..(dan juga beberapa subjek lain yang sesuai).

Tetapi guru opsyen lain TIDAK AKAN diberi mengajar subjek PI.. kenapa? anda tentu tahu jawapannya... walaupun kekadang anda merasakan guru opsyen lain di sekolah anda lebih layak untuk mengajar PI berbanding GPInya..

Itu saja untuk renungan.
Sekian..




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin