Thursday, December 11, 2008

Namakan Anak anda sebaik-baiknya... dan ejaannya

Mutakhir ini, kita dapati di sekolah.. pelbagai nama anak murid kita yg sedap didengar, bersifat moden dan 'canggih'. Sekadar ingin mengingat dan menegur pada ibubapa yg terlalu 'excited' menamakan anak masing-masing..silalah pastikan nama anak kita itu mempunyai maksud yang baik dan indah... dan juga.. ibubapa perlu mengambil tahu EJAAN nama anak itu sebaik-baiknya dalam tulisan jawi @ arab...

Kadang-kala, ada nama-nama moden begitu sukar untuk ditulis menggunakan tulisan jawi @ arab.. menyebabkab para guru (especially GPI + jQAF) pening kepala apabila ingin menyediakan sijil untuk anak murid dalam pertandingan bercorak islam yang diadakan di sekolah.

Untuk para ibubapa yang mencari nama-nama indah pada anak-anak mereka bolehlah merujuk pada orang yang lebih alim di tempat tinggal masing-masing.. atau 'Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam' di sini...

***** Lelaki

*****Perempuan

Pesanan:
Selepas mendapat nama yang sesuai.. rujuklah pada alim-ulama' atau ustaz-ustazah yang berkebolehan untuk mengetahui ejaan dalam bahasa Arab @ tulisan Jawi yang sepadan dengan nama anak-anak anda...



3 comments:

amin said...

betul le ustaz cakap tu...

Unit j-QAF SK Jabi said...

Sifat manusia sukakan nama-nama yang cantik dan indah hingga adakalanya mengesampingkan makna yang tersirat disebalik nama-nama tersebut. Ada yang secara tidak sengaja menamakan anak mereka Awang (tiada makna dalam kamus Arab), Zani (penzina lelaki), Zaniah (penzina perempuan), Watie (XXX),Zibalah (plastik sampah), Azar @ Azril @ Azrul (nama ayah Nabi Ibrahim si pembuat patung berhala)sedangkan nabi kita dah pesan agar menamakan anak dengan nama yang baik-baik kerana nama tersebut akan dipanggil semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Sementelahan lagi apabila ibu, bapa malah sesiapa sahaja memanggilkan anak dengan panggilan yang baik, secara tidak langsung mereka mendoakan anak tersebut. Itu pun jika nama tersebut dipanggil penuh. Jangan pula Ahmad dipanggil mad. Hilang maknanya.

Terdapat satu hadith seingat saya nabi bersabda; nama yang paling disukai Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling baik adalah Hamam dan Harith (au kama qal). Mutakhir ini kita sering mendengar nama-nama yang agak "bombastik" seperti Mikhail, Danish, Maria dan sebagainya. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (seorang tokoh ilmuan dan pemikir Islam)dalam tulisannya melarang kita menamakan anak dengan nama-nama sebegini kerana ada tasyabuh atau persamaan dengan nama orang-orang kafir(Untuk makluman, nama-nama ini amat disukai oleh Arab Kristian). Alangkah eloknya jika kita namakan anak-anak kita seperti nama-nama para nabi, sahabat, solafus saleh, para mujahidin dan syuhada' moga-moga dengan keberkatan nama tersebut anak-anak kita dapat mengikut jejak langkah mereka dan menjadi sebaik mereka.

Sebelum hendak menamakan anak elok rujuk dahulu kepada ustaz, ustazah dan tok-tok imam untuk dipastikan ejaan, makna dan nahu arabnya (jika nama tersebut berangkai dan panjang) supaya tidak tersilap. Jangan sesekali menamakan anak dengan nama Aziz (atau apa sahaja nama-nama daripada asmaul husna) kerana hanya Allah sahaja sesuai dinamakan begitu. Sebaliknya namakanlah anak dengan meletakkan Abdul di pangkal seperti Abdul Aziz, Abdul Rahim, Abdul Razak dan sebagainya. Lagi satu seperti yang nabi pesan jangan letak nama yang ada isim tafdil seperti Aflah (Yang paling berjaya) takut nanti timbul fitnah.

Dalam pengamatan saya, saya melihat kebanyakan nama-nama para nabi, sahabat dan salafus saleh terdiri daripada nama tunggal seperti Adam, Salleh, Isa, Musa, Yusof, Umar, Uthman, Ali, Mu'adz (kebetulan nama anak saya juga), Zaid, Handzalah dan sebagainya. Selain itu terdapat juga nama yang terdiri daripada dua rangkai nama (idofat = mudof + mudofun ilaih) seperti Zulkifli dan jarang pula saya mendengar nama-nama golongan ini yang panjang-panjang kecuali kunniah atau gelaran yang diletakkan di hujung nama seperti Al Qardhawi, An Nawawi, At Tantawi dan sebagainya.

Wallahu taala a'lam bissowab...

GPI SKSV said...

Terima kasih pd En. Amin dan Ustaz dr Jabi yg sudi memberi komen dgn pnjg lebar. Semoga memberi pertambahan ilmu pada pembaca lain...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin