Monday, January 12, 2009

PTK & Skim Pencen

Penulis ingin bertanya kepada pelawat tentang dua isu di atas.. sesiapa yg ada jwpn nya silalah beri komen.


PTK

Jika seseorang itu telah lulus PTK Tahap 4 pada kedua-dua kertas yang diambilnya.. apakah tindakan yang perlu dilakukan? Adakah guru sekadar duduk saja dan mengajar macam biasa? Atau perlu mengambil apa-apa tindakan?

Yang pastinya, mereka ini tidak dibenarkan mengambil PTK 2009 kerana belum ada perubahan gaji.. dan masih tidak memasuki P2.. (seperti yang sepatutnya)


Skim Pencen

Mengikut fahaman penulis, prosedur untuk memasuki Skim Pencen..

1. Setelah diSAHkan jawatan.. guru akan menandatangani satu borang.. DENGAN INI SAYA BERSETUJU TIDAK MEMILIH SKIM KWSP... (sehingga akhirnya)

2. Borang itu akan dihantar ke JPN masing-masing.. untuk tindakan JPN.

3. Pihak JPN pula akan memanjangkan surat untuk masuk Skim Pencen ini kepada pihak SPP.

4. Pihak SPP akan mengeluarkan surat pengakuan 'telah memasuki Skim Pencen'

5. Surat itu dihantar kepada guru berkenaan.

6. Guru berkenaan layak untuk menutup akaun KWSP dan mengeluarkan wang carumannya selama ini.

7. Potongan KWSP setiap bulan akan dihentikan.

PERSOALAN.. berapa lamakah masa yang sepatutnya diambil untuk sampai ke PERKARA ke 7 itu? Adakah ia berbeza-beza mengikut kecekapan pengurusan masing-masing? Atau pun ada jangka masa yang perlu ditunggu... Harap para pembaca yg mempunyai jawapan.. boleh berkongsi dengan semua.



2 comments:

Anonymous said...

Menurut kefahaman saya la...PTK tu kalu dah dpt 4 dua2 dia naik P2 la...lepas ttu baru mula TK1 balik di P2...

****

Pasal pencen tu..lepah dah confirm dan nak ambik pencen buleh la wat pemberhentian potongan dan boleh keluarkan la yg dan dicrum tu...bergantung pada kerani la cepat atau lmbt bereti potong

DUN A. RANI said...

Setuju ngan anonymous...1 2 3 4, sapa cepat...cepat la dapat! Hehehe!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin