Monday, January 5, 2009

Rangkuman 1st Day di SKSV




Perhimpunan Pertama

Pagi ini, perhimpunan diadakan tepat pada masanya iaitu jam 7.30 pagi. Semua murid dan guru telah berkumpul di tapak perhimpunan (Dataran Kejat). Nyanyian lagu rasmi (NegaraKu, Negeri Perak, SKSV, Malaysia Berjaya) dilaungkan dengan bantuan instructor baru Cg Fadzian bagi menggantikan tugas Tn. Hj. Anuar yg telah bertukar ke Kedah.

Kemudian perhimpunan diisi dengan beberapa ucapan penting daripada Guru Disiplin, PK HEM dan GB SKSV. Murid bersurai dan masuk ke kelas masing-masing pada jam 8.00AM.


Hari ini, SKSV dikunjungi oleh pelawat (Pegawai dari PPD Batang Padang) untuk memantau perjalanan hari pertama persekolahan di SKSV yang bertuah ini.


Ibubapa

Perhimpunan hari ini juga terasa 'meriah' kerana kehadiran ibubapa @ penjaga murid-murid Tahun 1 berada di sekitar kawasan sekolah untuk memerhatikan serta menemani anak @ cucu masing-masing yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di SKSV.

Guru Baru

SKSV hari ini menerima dua tenaga pengajar baru, seorang lelaki dan seorang perempuan. Guru lelaki tersebut ialah En. Mohd Fadhilah (Fadhil) dari SKAB Slim River. Manakala guru perempuan bernama Pn. Rusmina Ahmad. Beliau merupakan lepasan KPLI-IPKB 2008. Pn. Rusmina ialah opsyen Pend. Islam (ustazah laa..) manakala En. Fadhil opsyen Muzik..(sesuai sangat menggantikan Tn. Hj. Anuar)

Kebakaran

Kira-kira jam 10.50 pagi tadi, loceng penggera di bangunan baru berbunyi panjang.. menandakan ada kebakaran. Walaupun tiada ura-ura atau amaran awal dikeluarkan untuk mengadakan Latihan Kebakaran.. namun semua murid dapat berkumpul di Dataran dalam jangka masa yang singkat.

Sebenarnya, berlaku sedikit kebakaran pada kotak meter di bahagian bawah bangunan baru 3 tingkat, dan tindakan yang sewajarnya telah pun diambil. Cuma murid-murid di bangunan berkenaan sahaja perlu mengosongkan kelas sehingga ianya diisytiharkan selamat tidak lama kemudian. Murid di bangunan lain belajar semula seperti biasa selepas semuanya dikumpulkan di dataran untuk pemeriksaan.

Itu saja untuk kali ini..

# Penulis dan warga Pendidikan Islam amat mengalu-alukan kehadiran seorang GPI (nama di atas) ke SKSV. Semoga beliau dapat memberi sumbangan 100% ke arah memantapkan lagi Panitia Pendidikan Islam SKSV.





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin