Monday, March 16, 2009

Perkhemahan PBSM

KEM PBSM CABANG TJG. MALIM / SLIM RIVER

Tarikh : 14 - 16 Mac 2009
Tempat : Teratak Riverview Resort, Tjg. Malim, Perak

Acara yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 5 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah. Antaranya ialah: SK Tjg. Malim, SK Methodist, SK Kuala Slim, SK Slim River dan SK Slim Village. Manakala sekolah menengah yang turut serta ialah: SMK Khir Johari, SMK Methodist, SMK Slim dan SMKA Slim River.

Unit Beruniform PBSM SK Slim Village telah menghantar seramai 7 peserta (4 lelaki dan 3 perempuan). Berikut adalah nama peserta dari SK Slim Village:

1. Mohd Naqiyuddin B. Mohd Tabarani -Tahun 6
2. Mohd Zaidi B. Jamaluddin -Tahun 6
3. Ros Aidil B. Zainuddin -Tahun 6
4. Mohamad Kamil Hakimi B. Amrizal - Tahun 5
5. Nor Izzati Bt. Abd. Latif -Tahun 6
6. Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman -Tahun 6
7. Siti Nor Zulaikha Bt. Samuwi -Tahun 6

Guru yang menguruskan pengangkutan pergi dan balik murid:
1. En. Shariffuddin B. Ahmad
2. En. Kharol Hafizan B. Ismail

Secara ringkasnya, perkhemahan sebegini dapat memberi peluang kepada para pelajar (khususnya SKSV) untuk hidup secara lebih berdikari, melalui cabaran-cabaran yang disediakan tanpa bantuan guru, berkenalan dengan ahli PBSM dari sekolah lain, membiasakan diri untuk hidup bermasyarakat, dan juga bertepatan dengan prinsip-prinsip PBSM yang mereka catatkan dalam buku log masing-masing.

Cabaran cuaca yang tidak menentu juga turut memberikan mereka pengalaman baru, tidur yang tidak seselesa di rumah, dan juga melalui jambatan gantung dengan arus sungai yang deras dan mengganas. Semua itu pastinya akan terpahat di memori 7 peserta SKSV yang terpilih pada kali ini. Semoga apa yang mereka telah kutip di Kem PBSM ini dapat dikongsi dengan rakan-rakan lain yang tidak terpilih.

*Tunggu posting seterusnya untuk rangkuman gambar semasa perkhemahan.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin