Tuesday, March 10, 2009

Sukan Pendidikan Khas Daerah B.P.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009


Tarikh : 4 dan 5 Mac 2009
Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg & 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Kompleks Rakan Muda , Kampar , Perak


Kontinjen SK Slim Village telah menghantar seramai 14 peserta yang disertai oleh 4 orang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 9 orang murid Pendidikan Khas.

Acara yang dijalankan selama 2 hari ini telah disertai oleh wakil-wakil dari 13 buah program integrasi pendidikan khas peringkat daerah.

Senarai nama Kontinjen SK Slim Village

1. Pn Adila bt Osman ( Ketua Kontinjen )
2. Pn Rosnani bt Din ( Penolong Ketua Kontinjen dan Pengurus Peserta )
3. En Muhammad Farhan bin Samsudin ( Pengurus BP Lelaki )
4. Cik Gomathi a/p Kalimuthu ( Pengurus BP Perempuan )
5. Cik Siti Nursofiana bt Sopian ( Pengiring Murid )
6. Husin Bin Abu Bakar ( Peserta )
7. Earen a/l Ramlan ( Peserta )
8. Andry a/l Rahim ( Peserta )
9. Calvin Luis a/l Johnson ( Peserta )
10. David Luis a/l Johnson ( Peserta )
11. Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah ( Peserta )
12. Norazliza bt Ali Aziz ( Peserta )
13. Mas Niza a/p Pinang ( Peserta )
14. Puteri Najwa bt Samsul Naprin ( Peserta )

Kebiasaannya kejohanan olahraga biasakan dijalankan di padang-padang sekolah . Akan tetapi pada tahun ini pihak pengelola telah mengadakan di Kompleks Rakan Muda, Kampar yang suasananya seakan-akan stadium. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid bagaimana suasana sebenar seandainya mereka terpilih di peringkat yang seterusnya .

Acara yang disertai oleh peserta-peserta dari SK Slim Village adalah acara 100m , 200m, 4x100m , lompat jauh , lontar peluru dan 50 m kategori down sindrom. Hanya peserta yang menyertai acara 50m down sindrom iaitu Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah sahaja yang berjaya meraih johan.

Manakala peserta yang menyertai acara lain tidak berjaya meraih sebarang tempat. Namun begitu pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat tidak ternilai harganya dan akan meneruskan usaha yang lebih gigih pada tahun-tahun yang berikutnya .





Kontinjen SKSV bersama Pn. Hjh. Siti Jamaliah (PK Koku SKSV)



Ceria.. sebelum perbarisan



Kuartet 4 x 100 M lelaki



Peserta SKSV di lorong paling kanan dalam gambar (Masniza)



Sentiasa ceria.. 1..2... snap!

.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin