Wednesday, May 20, 2009

Isu Guru di Berita Harian

Pegawai kementerian patut pantau P&P guru bukan fail pentadbiran

* dipetik dari blog http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/

~~~~~~~~~~

MASIH belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak.

Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah (termasuk dari JPN), apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja.'

Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka?

Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai?

Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid meningkatkan prestasi?

Dalam pentadbiran pendidikan di negara kita, pihak atasan cuma melihat dokumentasi dalam bidang pentadbiran dan pemantau boleh datang lebih empat kali setahun (panitia daerah, negeri, JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah), sedangkan pemantauan untuk P&P dibuat hanya dua kali setahun, itupun mereka hanya duduk 10 minit dalam kelas.

Sempatlah melihat guru dan murid mengucap salam dan guru memberitahu murid apa yang akan dipelajari hari itu, kemudian mereka akan keluar. Tetapi kalau memantau hal pentadbiran, mereka boleh duduk di sekolah sepanjang hari.

Guru yang tidak melengkapkan fail juga akan menerima akibat yang keterlaluan iaitu dipanggil dan disoal oleh penolong kanan dan pengetua. Jika guru terbabit orang kanan ketua panitia, dia akan disoal oleh ketua panitia juga. Malah, jika guru yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas fail itu tidak hadir pada hari pemantauan, ahli jawatankuasa di bawahnya pula yang kena tempias.

Sampai begitu sekali penekanan kepada hal pentadbiran. Jika kita kata kerja guru ialah mengajar, apa yang sepatutnya dilihat dan ditekankan ialah P&P, buku latihan murid, alat bantu mengajar dan laporan peningkatan prestasi (markah) dan sahsiah murid berdasarkan pemerhatian tiga pihak, ibu bapa, guru dan pemantau.

Jika perlu, mungkin boleh melihat program kelas tambahan. Jadi, pihak pentadbir dan pemantau sepatutnya perlu berada lama sedikit di sekolah (beberapa bulan sekurang-kurangnya) untuk melihat perkembangan murid hasil didikan guru di sekolah itu. Jika setakat hendak melihat fail, tidak perlu datang dan saya percaya fail boleh dihantar ke pejabat mereka dan dikembalikan semula ke sekolah.

Saya percaya, jika mekanisme pemantauan ke atas tugasan harian guru difokuskan kepada pentadbiran, seperti kakitangan kerajaan lain, guru pun bimbang jika ada rekod buruk dalam buku rekod perkhidmatan mereka.

Saya meminta pentadbiran pendidikan kita kembali kepada perkara asas dan berhentilah membuat program dan projek besar-besar yang hanya menguntungkan murid tertentu di sekolah bandar dan beri ruang untuk guru menumpukan kepada P&P.

Tidak perlu lagi kepada ISO jika ia sudah melarikan perhatian kita kepada apa yang sepatutnya menjadi fokus kita.

Jangan taksub kepada ISO, ia bukan garis panduan terbaik untuk semua perkara kerana ISO menekankan kepada dokumentasi semata-mata, padahal proses dokumentasi mengambil masa yang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang selaras dengan matlamat pendidikan.

Berhentilah melihat minit mesyuarat, catatan kehadiran, laporan itu dan ini, dokumen itu dan ini dan pandanglah kepada guru kita ketika mereka mengajar dalam kelas.

AKMAL FAIRUZ,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA),
Jalan Pantai Baru.

Berita Harian Online: 19 Mei 2009
~~~~~~~~~~~

GPI SKSV: Saya mengalu-alukan komen dari warga pendidik berkaitan isu ini. Juga komen dari pihak PPD atau JPN yang ada mengunjungi blog ini, apa pula komen anda?


5 comments:

Penyelaras Bestari said...

Hakikat yang nyata telah terbukti.... realiti semasa sedang kita sama-sama lalui....

sedarlah kita hanya syok sendiri dengan tugasan diberi.... org ats dengan tugas dan caranya dan marhain pula dengan caranya yg tersendiri.

orentasikan peperiksaan juga kian menampakkan hasilnya yg ketara. kualiti penghayatan ilmu sangat pudar dek kerana persekitaran yg qudus dengan media elektronik.

berapa ramai akan gusar, bilamana tv diumahnya rosak... dibandingkan kitab al-quran tdk dibaca dlm sehari..... telan hakikat... tv akan dibaiki terlebih dahulu... so pendidik yang kian menampakkan kesan paling mendalam bg tahap umur sek rendah adalah tv.... penghayatan pend islam akan ditelan mati mak semut, diluah mati bapak semut. nak kebam pun pahit sengoti.

so...... 'Guru Pembina Insan Hayati Agama'

DUN Behrang 2020 said...

Bila agaknya 'dipulangkan' tugas guru yg sebenar2nya...isu ni dah terlalu lama dibebelkan...atau kita terus menunggu dan menunggu bebelan yang berikutnya...renung2kan dan selamat beramal!

Zakaria Abdullah Sani said...

Menarik betul isu ni..terima kasih penulis..yang pandai menyentak hati pengunjung blog..teman rasa terpanggil untuk berkongsi rasa..
Sebenarnya begitu, dunia pendidikan yang makin `celaru`apa yang mereka cari pun tak tahu...!! Melihat kertas, fail, dan dokument sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan sekolah; kayu pengukur kepada prestasi guru.Lagi kemas guru tu buat fail @ cantik..guru tuuu dilabel kerja bagus...walaupun P&P dia biasa saja.. Pengurusan Fail satu `tiket loteri`kepada mereka yang ingin dilabel sebagai 'cemerlang'. `Datuk Nazir` datang pasti dia suruh.."keluarkan fail nak tengok" sama juga bila YB PPD berkunjung....
Betul kata, penulis (AkmalIPBA)Sudah sampai masanya kita perlu sedar dari lamunan, biarkanlah lamunan terhenti...balik kepada perkara asas..penekanan kepada P&P, buku latihan, BBM, Peningkatan prestasi..melihat murid sebagai `ikon` yang perlu digilap...perlu `ditranformasikan`...untuk menuju puncak kejayaan...bukan melihat `material` sebagai kayu pengukur sekolah cemerlang....tetapi usaha guru yang tidak kenal lelah...sebagai tips menyatakan ITU DIA SEKOLAH CEMERLANG....zas

GPI said...

Terima kasih kpd kawan2 yg telah memberi komen..

Saudaraku 'Penyelaras Bestari'..
soalan saya: bila agaknya subjek Pendidikan Islam akan dimasukkan dalam UPSR? Menteri baru.. ada peluang?

Saudaraku 'Dun'
Apakah ianya 'terkesan' sama pada jwtn yg anda pegang sekarang? Maaf jika ianya 'menyentuh' anda...

Saudaraku ZAS..
Bukan niat di hatiku menyentak hati pembaca, mungkin ia dieltak disini atas desakan hati, lantaran tugasan kita seharian..

Bagaimana pula pembaca lain? tiada komen?

Penyelaras Bestari said...

....lontaran dr soalan yg anta kemukan, Pend Islam dlm UPSR. Pejuangan untuk itu telah berkumandang sejak kewujudan KBSR oleh Kesatuan Guru-guru Ugama Malaysia.

Hakikatnya apa yg boleh kita nyatakan ialah inilah Negaraku yang dicintai 'Malaysia'

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin