Sunday, May 24, 2009

Laporan LADAP

Pada hari Sabtu yang lalu, blogger GPI SKSV telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan slot LADAP 'Membina Blog'. Walaupun beliau bukanlah penceramah terbaik dalam bidang ini, namun beliau menyahut cabaran untuk berkongsi maklumat dengan semua guru SKSV tentang ilmu asas membina blog dan kepentingannya.

Sesi bermula seawal jam 8.30 pagi, di mana kecekapan dan kepakaran Penyelaras Bestari SKSV (En. Halin) untuk menyediakan 2 router wireless dan juga beberapa cable sebagai 'standby' untuk semua guru. Semua guru telah diingatkan supaya membawa komputer riba (milik sekolah atau sendiri) bagi melancarkan proses pembelajaran.

Sesi berhenti rehat kira-kira jam 10.30 pagi dan disambung semula 30 minit kemudian.

Kelancaran proses PnP pada hari ini turut dibantu oleh beberapa fasilitator yang 'familiar' dengan alam blog seperti: Cikgu Zakaria, Cikgu Redza, Cikgu Halin, Cikgu Farhan dan Cikgu Adila. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana memudahkan urusan saya pada hari tersebut.

Masa berlalu begitu pantas. Jam 12.30 kebanyakan blog telah mula terhasil. Untuk peringkat awal, saya tidak menetapkan guru untuk menulis mengikut Panitia masing-masing. Cukuplah sekadar mengetahui asasnya, dan ditambah dengan beberapa gadget mudah. Hasilnya anda boleh saksikan link-link baru yang saya pautkan dari Blog SKSV 0029 (Blog Sekolah).

Turut dimuatkan di sana, beberapa gambar berkaitan ladap pada hari tersebut. Selamat...


10 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Tahniah...satu ketika anda hanya 'mengulit' blog anda sendiri...dan kini anda berkongsi 'ulitan' anda dgn rakan2 blogger yg baru...

Seribidor said...

Tahniah kepada blogmaster SKSV...memang anda terbaek..! Ustaz serba boleh!

FirJah said...

wAH...MANTOPPPP!!! MOGA ILMU YANG TELAH DIAJARKAN AKAN BERGUNA UTK MEREKA YANG MEMPELAJARINYA...

ashley said...

Tahniah kepada panitia Pendidikan isalam SKSV..istimewa kepada Us Sherrif..

Ustaz serba boleh!!
smile..

GPI SKSV said...

To Dun,

Alhamdulillah.. berkongsi ilmu ke arah kebaikan.. moga anda juga turut beroleh sahamnya..

Soalannya, bagaimana nak pupuk sahabat ini supaya aktifkan blog mereka.. dgn hala tuju yg betul..

GPI SKSV said...

to Seribidor..

Teman bukanlah yg terbaekkk..
tapi.. teman sedaya upaya cub autk berkongsi apa yg teman tau..
walau skit..

GPI SKSV said...

To FirJah..

hish, jgn kata mantop...
kata je... ngetop! hehe..
takde la... sikit2 boleh la

GPI SKSV said...

To Ashley,

sejak bila pula pandai masuk sini...
Ahlan wa sahlan wa marhaban bik.

ashley said...

dah lama teman masuk..komer jr tak perasan..teman pun belajor juga masuk senyap senyap...

DUN Behrang 2020 said...

jawapannya...meseraaaa!!! Selalu2 le tanya khabar kengkawan dalam blog...pendekatan yg hampir sama dalam kelas...beri perhatian lebih!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin