Thursday, May 14, 2009

Program Motivasi Murid Tahun 6





Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 59 orang murid Tahun 6

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama guru-guru SKSV telah berjaya mengadakan program motivasi murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 59 pelajar terdiri dari kelas 6 marikh dan 6 Musytari.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan rangsangan dan motivasi kepada pelajar tentang kepentingan mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan yang akan diduduki. Ianya juga bertujuan untuk menghindarkan gejala ponteng semasa minggu peperiksaan. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi.

Program ini amat berguna dan memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan nanti . Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak SKSV. Untuk masa akan datang Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menumpukan pula kepada penumpuan teknik menjawab soalan secara sistematik.

Terima kasih kepada guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Khususnya pada En. Zakaria yang telah sudi berkongsi pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan kepadanya untuk kebaikan murid SKSV ini. Jasa anda sangat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathirow.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin