Friday, May 29, 2009

Sambutan Hari Guru Fasa 2

Ringkas berkenaan Sambutan Hari Guru Fasa 2 yang disambut pada hari Jumaat 29 Mei 2009.


Kain Rentang. Disediakan oleh guru PSS (Pn. Inas).

Aktiviti 8.30 - 10.00. Gotong Royong Perdana. Kelihatan Hafizi (6 Musytari) sedang membantu gurunya mengemas bilik KH. Cg Yus,Cg Am dan Cg Yan baru pulang dari Nurseri Sg. Behrang membawa 100 kampit tanah. Manakala para pekerja swasta sedang berbincang kaedah terbaik meletakkan tanah dalam pasu yang bersaiz besar dan kecil, sambil diperhatikan oleh GB. PK Koku pula cuba 'menghempas' pasu untuk menguji ketahanan bahan yang digunakan. :)

Acara: Persembahan di Dewan SKSV 10.30 - 12.00. Dimulakan dengan Tarian Ayam *Chicken Dance* oleh murid Pra Sekolah. Cg Fadzyan: guru yang mengawal Sistem Suara pada hari ini. Seterusnya diikuti persembahan solo lagu kumpulan Raihan dinyanyikan semula oleh Adik Hussin Abu Bakar (murid Pendidikan Khas). Gambar jamuan ini adalah selepas gotong royong. Bihun goreng istimewa ini ditaja oleh salah seorang GPI yang baru 'posting' di SKSV pada tahun 2009 dan beliau baru saja mendapat tunggakan gaji untuk 5 bulan.


Persembahan murid Tahun 2 dengan lagu 'Jasa Guru'. Diikuti lagu 'Engkau Bagaikan Air Yang Jernih' dan 'Laskar Pelangi'. Diikuti persembahan Murid Asli yang berjudul: 'Ku Nanti Mu di Syurga'. Selepas itu, persembahan kemuncak: Pentomen @ Sketsa yang bermotif Hari Guru. Diarahkan oleh Cg Fadzyan, dibarisi pelakon murid Tahun 6.

Ketika jam menghampiri 12.00 tgh, sesi pertukaran hadiah diadakan. Pada tahun ini terdapat sedikit kelonggaran yang mana ianya tidak diwajibkan untuk semua guru. Seramai 27 dari 40 telah turut serta dalam acara ini.


Sambutan pada hari ini diakhiri dengan Jamuan APC yang mana guru-guru yang menerima APC 2008 bermurah hati menaja jamuan pada hari ini. Terima kasih semua.

Di kesempatan ini, GPI SKSV mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid khususnya di SKSV, dan kepada pengunjung lain amnya.

Salah silap bicara, atau ayat-ayat yang mengguris hati pembaca, harap dimaafkan kerana GPI SKSV juga insan biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan.

الإنسان لا يخلو عن الخطاء والنسيان

1 comment:

SITI JAMALIAH BINTI RAMLI said...

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program "HARI GURU FASA 2" pada hari ini. "SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI GURU".

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin