Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru

Seperti kebanyakan sekolah di seluruh negara, SKSV juga tidak terkecuali mengadakan Sambutan Hari Guru pada hari ini Isnin 18 Mei 2009. Cuma, bezanya sambutan ini diadakan seringkas yang mungkin bagi mematuhi arahan pihak atasan.

Majlis bermula pada jam 7.45 pagi dengan semua murid berkumpul di dalam dewan.


Seterusnya, bacaan Ikrar yang diketuai oleh En. Azian Adnan. Semua guru melafazkan ikrar dengan penuh semangat.


Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa. Diketuai oleh En. Fadzian Helmy Zulkifli.


1. Ucapan Guru Besar
2. Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran oleh Pn. Hjh. Siti Jamaliah
3. Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh Pn. Faridah Mohd Khalil
4. Bacaan Doa Hari Guru oleh En. Shariffuddin Ahmad

Pada hari ini juga, kami mendapat berita sedih kerana Guru Besar mengumumkan bahawa salah seorang guru SKSV akan bertukar dan berpindah (atas kepentingan perkhidmatan). Beliau yang dimaksudkan ialah TN. SYED YAHYA PUTRA BIN WAN ALWI yang akan bertugas di SK Perlop Sungkai mulai 18 Mei 2009.


Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang diadakan secara mengejut. Semuanya ini ditaja oleh En. Ruslan Mohd Nor selaku Pengerusi Kelab Guru SKSV. Terima kasih daun keladi.

Sambutan Hari Guru Fasa 2 / 2009 Insya Allah akan diadakan pada hari Jumaat 29 Mei 2009. Semoga semua yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

SELAMAT HARI GURU!


1 comment:

DUN Behrang 2020 said...

Tak paham mengapa jamuan diadakan secara mengejut...kan minggu lps lg ada arahan sambutan pgkt sekolah serentak 18 Mei 2009? Opocot!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin