Monday, June 29, 2009

Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru

Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru telah diadakan pada :
Tarikh : 27 Jun 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 hingga 11.50 pagi

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa murid dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam peperiksaan. Para ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan anak-anak mereka sama ada berkaitan akademik, kokurikulum, kelakuan dan sebagainya.

Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa sangat baik. Boleh dikatakan 80% ibu bapa murid hadir pada majlis ini, bahkan ada yang datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk berjumpa guru. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dalam suasana yang sangat harmoni.

1 comment:

DUN Behrang 2020 said...

Salam...ade ke ibu bapa yg bg sempak a.k.a deroyan...sekarang kan buah tu mengungguli carta buah terlaris!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin