Saturday, July 18, 2009

Berita SKSV


Salam untuk semua... Berikut adalah rangkuman beberapa berita di SKSV.

1. Pn. Rosmina (GPI) telah mula cuti bersalin 60 hari dan pulang ke Kelantan sebagai persediaan menyambut cahayamatanya ke 3...

2. Pn. Rozita telah kembali bertugas setelah cuti selama 60 hari. Beliau mengambil alih tugas Pn. Inas yg turut bercuti selama 2 bulan atas alasan yang sama.

3. En. Mohd Amri akan ke Port Dickson minggu depan bagi menghadiri Kursus Guru Bestari di sana. Beliau juga diminta untuk menjalankan survey bagi lokasi Hari Keluarga SKSV di kawasan berhampiran.

4. En. Syamsul & En. Redza akan membawa Team Futsal SKSV ke SK Ayer Kuning pada hari Sabtu 18 Julai 2009. Semoga berjaya.

5. Kelab Guru dan Kakitangan SKSV bercadang mengadakan Hari Keluarga Siri 1 di Lata Kuala Woh pada Sabtu 25 Julai 2009. Semua ahli dikehendaki memberikan komitmen sepenuhnya pada setiap program yang dianjurkan. 'Bulat Air kerana pembetung, bulat kita kerana...'

6. Satu rombongan gabungan Murid Asli + India + Cina + Melayu a.k.a RIMUP akan diadakan pada minggu pertama bulan Ogos. Destinasi pilihan ialah tempat menarik sekitar Kuala Lumpur. Guru yang dipertanggungjawabkan ialah En. Fadzyan, En. Sharif dan En. Redza.

7. Dua orang guru LPBS SKSV baru saja menamatkan Kursus BIG mereka baru-baru ini. En. Farhan dan Cik Mathi selesai dari menghadiri kursus tersebut yang diadakan di Jitra, Kedah.

8. Penyampaian wang KWAMP telah disempurnakan oleh PK HEM SKSV dengan jayanya.

9. Satu operasi mengesan murid ponteng telah diadakan pada hari Jumaat, di mana guru Kaunseling dan guru Disiplin telah 'menerjah' ke Kg Rasau bagi mengesan seorang murid yang kerap ponteng sekolah. Menurut sumber, murid ini adalah berpotensi untuk lulus dengan baik dalam UPSR akan datang. Diharapkan beliau akan insaf dan berubah supaya tidak lagi dibawa ke sekolah dengan menaiki 'Grand Livina'.

10. Semua murid telah selesai menduduki Ujian Selaras 3 dan Percubaan UPSR Negeri Perak. Keputusan akan diumumkan sedikit masa lagi.

Sekian buat waktu ini, sehingga berjumpa lagi. Salam hormat.

1 comment:

DUN Behrang 2020 said...

Wah...ponteng2 kena jemput naik livina tu...pasni lg kerap le pontengnye...hehehehehe! Tapi kalo hari2 jemput ngan livina tu...selesai masalah bro!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin