Tuesday, August 4, 2009

Laporan dan gambar slot motivasi

Selasa dan Khamis minggu lalu.. Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSV telah berjaya mengadakan Slot Motivasi khas untuk murid Tahun 3 dan 4. Ianya diadakan memandangkan dapatan analisa PKSR1 bagi Tahun 3 dan 4 sangat mendukacitakan. Terima kasih kepada beberapa guru yang terlibat secara langsung dalam persediaan dan persiapan untuk program ini.

Kedua -dua slot ini diisi dengan sebaiknya oleh tenaga pengajar (dalaman ) iaitu Cikgu Zeck. Beliau telah menggunakan segala kebolehan, kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya untuk dikongsi dengan anak-anak SKSV.

Ucapan Perasmian untuk Slot Tahun 3 disampaikan oleh Pn. Hjh. Jamilah Ismail (Guru Besar SKSV), manakala bagi slot Tahun 4 pula disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt. Saaid (GPK1 SKSV)

Secara amnya, program ini mencapai objektif asas iaitu memberi kesedaran dan suntikan semangat kepada murid berkenaan. Namun, hasil secara kuantitatifnya akan dilihat pada dapatan UB4 dan PKSR2 yang akan diadakan pada awal September dan penghujung Oktober nanti.

Sama-samalah kita doakan semoga apa kita lakukan ini mendapat manfaaat dan keredhaan Ilahi. Apa yang baik itu adalah hadiah untuk anak murid kita, manakala yang buruk pula adalah kelemahan guru-guru selaku hamba yang tak dapat lari dari sebarang kesilapan dan kecacatan.

Justify Full


1 comment:

DUN Behrang 2020 said...

waaa..encem lak yop teman dlm gambo ni...penuh penghayatan dan penjiwaan...syabas utk korang semua!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin