Saturday, September 12, 2009

Jualan Kad Raya




Antara salah satu aktiviti Ihya Ramadhan pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam telah mula menjual Kad Ucapan Selamat Hari Raya (Limited Edition) kepada murid SKSV. Dan Alhamdulillah untuk 4 hari pertama (minggu lalu) jumlah jualan adalah sebanyak 490 keping. Jualan yang memberangsangkan ini mungkin disebabkan harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah 'mampu milik' iaitu hanya RM 0.20 sekeping.


Konsep jualan pada tahun ini lebih kepada 'menjual sambil berama
l' kerana kami memikirkan murid-murid SKSV bukanlah di kalangan keluarga yang senang dan mewah. Ada di kalangan mereka mendambakan untuk menghantar kad ucapan Hari Raya kepada guru-guru mereka, namun faktor kekangan kewangan menyebabkan kadangkala mereka sekadar menggunakan kad ucapan berasaskan kertas terpakai.

Oleh yang demikian, kami rasa terpanggil untuk membantu mereka yang berkeinginan menghantarkan kad tersebut dengan menjual kad ucapan ini pada harga yang paling minima. Di samping itu juga, variasi pilihan kad ini telah diisi dengan grafik 'Salam', ucapan Salam Aidilfitri, Maksud Doa Berbuka Puasa, Kartun Islamik dan juga karektor kartun kegemaran kanak-kanak masakini Upin & Ipin.


Insya Allah untuk minggu terakhir sebelum raya ini, jualan dapat dipertingkatkan dengan sasaran kad yag dapat dijual ialah 1000 keping.

2 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Hahahaha...baguslah ada inisiatif sebegitu...mmg murid2 teruja nk bagi kad raya pd guru2 kegemaran dorang...dan harga mampu beli tu mmg munasabah...syabas dan tahniah pd 'team' yg sgt 'tak duduk diam' nih...

GPI SKSV said...

Jualan Terkini:
700 keping..

Sasaran untuk 4 hari terakhir:
350 keping Insya Allah tercapai.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin