Monday, September 28, 2009

Selepas Raya...

Salam Aidilfitri untuk semua pembaca..

Di SKSV.. program untuk murid Tahun 6 (Pasca UPSR) berjalan seperti biasa. Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 9 pagi, semua murid Tahun 6 Islam akan berkumpul di Surau An-Nur. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk dijalankan secara bergilir-gilir ialah Semakan Bacaan dalam solat, Hafazan Surah Lazim, Bacaan Yasin, Solat Hajat, Solat Sunat Dhuha, dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga, kami mengadakan sedikit ulangkaji untuk murid Tahun 6 yang masih belum selesai menjalani Ujian Bacaan dan Hafazan SPI Tahun 6.

Ada juga beberapa orang murid yang menduduki peperiksaan SPI Tahun 6 pada pagi ini kerana mereka tidak dapat hadir pada hari peperiksaan SPI sebenar 15 Sept yang lalu.

Di Kelas Pemulihan Khas dan Pra Sekolah SKSV, mereka telah memilih untuk mengadakan Jamuan Hari Raya pada hari ini (ISNIN 28 Sept. 2009). Semua murid Pra Sekolah kelihatan sangat comel berbaju kurung dan Baju Melayu.

Majlis Sambutan Hari Raya pula akan diadakan pada hari Khamis ini 12 Syawal 1430H bersamaan 1 Oktober 2009. Satu mesyuarat ringkas akan diadakan pada hari ini jam 1.00 tgh.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin