Tuesday, October 13, 2009

Pengisian Markah SPI... SYABAS

Pastinya kebanyakan GPI yang memegang kelas Tahun 6 telah siap mengisi markah secara online di portal yang disediakan. Bagi kami di SKSV cuma tinggal dua orang calon yang masih belum selesai dimasukkan markah.

1. Khairul Hisyam : Calon UPSR di SK Ulu Slim dan SPI di SKSV
2. Mohd Zulhaiqal Arif : Calon UPSR di SK Sungai Kertas, Batu Caves dan SPI di SKSV.

Mengikut apa yang difahami, sekiranya nama asal calon itu di dalam JPN Perak, GPI sekolah asal murid itu perlu memadamkan nama murid yg tidak mengambil peperiksaan SPI di sekolahnya. Ini bagi membolehkan GPI di sekolah baru dapat mendaftarkan Calon Tambahan di sekolah baru.

Manakala bagi kes kedua, dari Selangor.. mungkin tiada masalah. Kerana SPI ini hanya wujud di negeri Perak.

Apa yg ingin saya paparkan di sini diambil dari ruangan komen di portal berkenaan:


Kekalkan cara pengisian markah secara online begini sampai bila2,senang...
saya dah ikuti pep sijil agama tahun6 hampir 10 tahun,dari menaip sijil kosong sendiri hingga online sebegini, rakan2 dari opsyen lain terkejut tengok sistem online kita bila saya tunjukkan cara pengisian markah..tahniah


Sebenarnya secara peribadi juga saya ingin mengucapkan tahniah dan SYABAS kepada 3 tenaga ini:

1. Us. Mohd Shah Ramli (JPN)
2. Us. Abd Rashid Shafie (JPN)
3. Us. Azharul Faiz Zainal Abidin (SKPHA)

yang telah berjaya menyediakan dan memurnikan portal pengisian markah ini. Ianya lebih baik dari yg tahun sebelumnya. Semoga kita semua dapat belajar menggunakan dan mengaplikasikan konsep ini di sekolah masing-masing. (jika mampu)

Berikut pula adalah pesanan dari ADMIN Portal untuk semua GPI yang ingin mengisi markah:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*
Tarikh pengisian markah 5 hingga 19 Oktober 2009. Talian ditutup 20 Oktober 2009.

*
Setelah menekan Butang Simpan, anda telah pun menghantar markah tersebut ke server JPN. Harap maklum.

* PENGISIAN MARKAH
1. Calon tidak hadir = Tandakan 0 (Gred bertukar menjadi TH).

* KES CALON BERPINDAH

(ANTARA DAERAH)

1. Sekolah lama calon perlu hapus data murid tersebut.
2. Sekolah baru calon perlu tambah murid baru (Angka Giliran UPSR).

*
(DALAM DAERAH)
1. Sekolah lama calon perlu hapus data murid tersebut.
2. Sekolah baru calon perlu tambah murid baru (Angka Giliran UPSR).
3. Lebih mudah jika hubungi Penyelia Agama Daerah tersebut (Login PPD boleh menukar calon ke sekolah dalam daerah tanpa perlu hapus atau tambah murid.


* Sebarang persoalan boleh diajukan melalui menu Tanya Ustaz dalam block Menu pengguna.

3 comments:

seribidor said...

ingin meluahkan rasa kecewa dgn sikap sesetengah guru GPI kita...sudah ada taklimat dan arahan jelas tapi xpaham...hantar balik markah murid menumpang kesekolah lama untuk diisi..alasannya,murid ramai dan semua yg menumpang diminta isi disekolah lama...dah bagitau kata sijil akan dikeluarkan disekolah baru pun tak terima alasan...apa nak jadi...ini berlaku antara daerah..

DUN Behrang 2020 said...

Bukan stakat sesetengah GPI...boleh dikatakan hampir sebahagian besar drp kita yg buat camni...buat la taklimat hari2 pun...kalau sikap tu tak berubah...alamat berulang la...!

GPI SKSV said...

Salam.. wah.. panas ni...
tak sangka pula macam tu jadinya..

Untuk seribidor..
semoga dapat bersabar dengan karenah GPI yang tak berapa faham tu..

Untuk DUN..
mujur ayatnya 'sesetengah GPI...' kalo tersilap taip.. GB.. naya! harap2 tak la berlaku macam tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin