Friday, October 16, 2009

Tugas berat

Hari ini SKSV mengadakan mesyuarat kurikulum.

Antara yang ingin saya catatkan di sini:

Ustaz, pastikan semua murid Tahun 6 itu boleh menguasai Solat Fardu (terutama dalam bacaannya) dan juga tahu Mandi Wajib!


Saya pasti di semua sekolah seluruh negara sekarang, murid Tahun 6 datang sekolah dengan niat untuk berhibur, bersuka ria dan bergembira. Bagi mereka, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. UPSR sudah lama berakhir. Mereka mahu enjoy!

Apabila menerima arahan dari Guru Besar itu, saya sudah maklum akan tugas dan tanggungjawab yang amat berat itu. Mungkin ada yang bersetuju dengan saya. Mungkin juga ada yang mencebik muka. Arghhh! Dah memang tugas anda..

Cuma, situasinya berlainan. Di kala mereka sedang memikirkan datang ke sekolah untuk keseronokan, GPI perlu menggunakan masa yang diperuntukkan (Program Pasca UPSR) dan menyuntik kesedaran kepada anak didik ini tentang peri pentingnya bekalan ilmu Pendidikan Islam sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

Setakat ini, GPI SKSV cuba sedaya untuk memberi input dengan cara yang terbaik bagi mendidik murid Tahun 6 SKSV. Aktiviti yang telah dijalankan:
a) Hafazan Surah Lazim
b) Bacaan Surah Yasin
c) Solat Hajat
d) Solat Dhuha
e) Permainan Jawi

Untuk minggu-minggu yang akan datang, GPI SKSV akan cuba untuk memfokuskan pada Bacaan Dalam Solat dan Ulangkaji PAFA. Semoga ianya dapat dijalankan dengan cara yang paling menarik. Ada juga kelihatan di blog beberapa sekolah yang menayangkan slaid 'Awal Remaja' untuk murid mereka. Insya Allah akan dijalankan mengikut kesesuaian.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin