Monday, November 2, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform




2 NOV. Slim River - Pada 30 Okt. hingga 1 Nov. yang lalu, Unit Beruniform SK Slim Village telah mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Padang Sekolah SKSV . Seramai 51 orang murid terdiri dari ahli Pengakap, PBSM, TKRS dan Puteri Islam telah berkampung di sini selama tiga hari dua malam.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya Cekal Diri, Masakan Rimba, Malam Kebudayaan, Pertandingan Kawad Kaki dan lain-lain lagi.

Perkhemahan ini turut disertai oleh 30 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya dari Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang dibawah seliaan Pn. Normala Abdullah.

Penyelaras Perkhemahan Perdana ini, Cikgu Samsul Zainal Abidin berkata, beliau sangat bersyukur kerana perkhemahan yang dirancang sekian lama ini berlangsung dengan jaya akhir. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sanggup meluangkan masa datang ke sekolah menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan, Panitia Pendidikan Islam telah diberikan tugas untuk mengendalikan Solat Fardhu Berjemaah dan juga Tazkirah / Bacaan Kalam Suci semasa perkhemahan ini berlangsung.

Berikutan, SKSV telah mengambil Cuti Peristiwa pada hari Isnin 2 Nov. 2009.

(Di sebelah atas telah dipaparkan sebahagian gambar pada hari kedua perkhemahan tersebut.)

2 comments:

SITI JAMALIAH BINTI RAMLI said...

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Di sini saya (PK Kokurikulum) ingin merakamkan kesyukuran dan tahniah kepada GB,PK I,PK HEM , YDP PIBG,Guru-guru dan kakitangan SKSV, Ktgn Balai Polis Slim Village, Hospital Slim River,Pengarah Politeknik PSAS serta pengusaha kantin kerana memberi kerjasama yg. padu utk menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform dan Perkhemahan KK Pendidikan Khas 2009. Terima kasih jg kpd Pensyarah Politeknik Pn. Normala Abdullah dan pelajar politeknik Sultan Azlan Shah yg sudi menjadi fasilitator dlm perkhemahan ini. Semoga kerjasama yg diberi akan berterusan dimasa akan datang. Terima kasih jg kepada semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini terutama kepada Penyelaras Cikgu Samsul Zainal, Kem Komandan Cikgu Redza, Pengacara majlis cikgu Zakaria, Ustaz Sharifuddin (Imam Besar I)Cikgu Roslan (Pengerusi KGK sksv), Guru-guru sksv/Pendidikan Khas ,PPM PKhas dan Pra sekolah dan murid-murid sksv. Semoga segala keikhlasan anda akan diberi ganjaran oleh Allah swt.

- Penolong Kanan Kokurikulum -

GPI said...

Salam. Panjang lebar ucapan dari PK Koko SKSV.

Dijemput kepada guru-guru lain untuk merakamkan ucapan anda di sini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin