Friday, January 22, 2010

Salam Perpisahan

SK SLIM VILLAGE, 22 JAN - Mulai minggu hadapan, SKSV bakal kehilangan seorang guru muda, Cikgu Amri. Beliau yang baru sahaja mendirikan rumahtangga semasa cuti sekolah yang lalu telah dapat bertukar ke sebuah sekolah di kawasan Bidor.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi dibawa mati...


Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang jua..

Setelah lebih 5 tahun menabur bakti di SKSV, banyak jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan juga sekolah. GPI SKSV mewakili rakan-rakan sejawat mengucapkan jutaan terima kasih di atas apa yang telah dilaksanakan sepanjang Cikgu Amri di SKSV. Budi dan jasa yang tuan curahkan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Cikgu Amri semakin bersemangat di sekolah baru kelak! dan.. berbahagia di sisi insan tersayang dan selamat bertugas di tempat baru!


*Catatan: Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Sukan 2007, aktif dalam hal-hal berkaitan padang dan balapan. Juga kerap terbabit dalam penyediaan latarbelakang pentas untuk majlis-majlis rasmi di Dewan SKSV.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin