Saturday, February 13, 2010

Program Unit Kaunseling

SLIM VILLAGE : Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Slim Village dengan kerjasama guru-guru telah berjaya mengadakan dua program yang bercorakkan motivasi pada minggu lalu.

Program pertama yang dinamakan Slot bersama Ibubapa & Murid Asli telah diadakan pada hari Jumaat 5 Februari 2010. Program ini adalah untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang masalah ketidakhadiran murid Asli ke sekolah. Yang menarik tentang program ini ialah pengerusi majlisnya Cikgu Redza Ahmad yang menggunakan Bahasa Semai sebagai bahasa perantaraan membuatkan hadirin lebih dekat untuk menerima pesanan yang cuba disampaikan.

Antara pengisian slot ialah dari Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Besar. Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir menjelang jam 12:00 tengahari. Acara terakhir pada hari tersebut ialah bacaan ikrar SAYA ANTI PONTENG oleh semua murid terbabit.


Program kedua ialah Program Motivasi khusus untuk Murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 39 pelajar terdiri dari kelas Tahun 6 Marikh dan 6 Musytari.

Program yang dijalankan pada 6 Februari ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tahun 6 yang telah bekerjasama mengisi slot pada hari tersebut.

1. En. Mohd Halin Othman 8.15 AM – 9.15 AM
2. Pn. Noredah Mat Dom 9.15 AM – 10.15 AM
3. En. Samsul Ali Mohd Basir 11.00 AM – 12.00 PM
4. En. Fadzian Helmy Zulkipli 12.00 PM – 1.00 PM
5. En. Shariffuddin Ahmad 2.00 PM – 3.00 PM
6. En. Zakaria Abdullah Sani 3.00 PM – 4.30 PM


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin