Thursday, March 25, 2010

Tahniah... Selamat Maju Jaya



SK SLIM VILLAGE, 25 MAC - Alhamdulillah, GPI SKSV akhirnya sempat menyiapkan entry ini.. Beritanya juga sudah sejuk.. agak lewat disiarkan, namun bukanlah penghalang untuk penulis mengucapkan tahniah kepada yang berkenaan.

TAHNIAH! kepada En. Halin B. Othman (HBO) yang telah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SK Proton City mulai 16 Mac 2010.

Semasa di SKSV, Cikgu HBO memegang jawatan sebagai Penyelaras Bestari. Beliau juga merupakan bekas pemeriksa kertas UPSR Sains. Sikap beliau yang 'ringan tulang' dalam menyelesaikan masalah rakan sekerja, terutama yang berkaitan komputer & alatan eletrik, pastinya akan menyebabkan ketiadaan beliau dirasai oleh hampir seluruh warga SKSV.

Untuk rekod, Cikgu HBO bertukar ke SKSV dari sebuah sekolah di daerah Hulu Perak. Pengalaman semasa sekolah-sekolah sebelum ini pastinya mematangkan beliau untuk menjalankan tugasan baru ini nanti.

Setelah kurang lebih 5 tahun di SKSV, pastinya banyak jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan juga sekolah. Penulis mewakili rakan-rakan sejawat mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas apa yang telah dilaksanakan sepanjang Cikgu HBO di SKSV. Budi dan jasa yang anda curahkan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Cikgu HBO semakin bersemangat di sekolah baru kelak! Selamat bertugas di tempat baru, bangunan baru, kawan-kawan baru!

Asam pedas dicampur keladi,
Sedap dimakan bersama nasi,
Ikutlah seperti resam padi,
Makin tunduk makin berisi.

Masak lemak gulai cendawan,
Bersama nasi dibuat bekal,
Pahit dahulu manis kemudian,
Itulah hadiah insan yang cekal.


Berjalan kaki ke rumah bilal,
Tiada penat jaraknya dekat,
Mencari rezeki mestilah halal,
Hidup tenang penuh berkat.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih ust.shariffuddin jasa beliau dan rakan2 sentiasa dalam ingatan saya selama-lamanya.. salam kerinduan buat semua

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin