Thursday, April 8, 2010

Sedikit Berita Bolasepak

Petang tadi penulis sempat menjengok ke Padang SRK Slim River untuk menyaksikan beberapa perlawanan bolasepak Bawah 12 tahun Kelompok 5. Antara keputusannya:

SK Besout 3 seri SK Seri Besout
SK Besout 3 menewaskan SK Slim Village 3-2
SK Kuala Slim menewaskan SK Aminuddin Baki 1-0
SK Slim Village menewaskan SK Seri Besout 1-0
*keputusan perlawanan lain tiada dalam pengetahuan penulis


Mutakhir, diberitakan SKSV layak ke penentuan tempat 3-4 dan bertemu dengan SK Kuala Slim dan tewas 0-1. Secara rasminya SK Slim Village mendapat tempat KEEMPAT dalam kelompok 5. Untuk rekod, pencapaian 2009 ialah Johan Kelompok 5.

Perlawanan Penentuan Johan Kelompok 5 tahun 2010 ialah antara Tuan Rumah SK Slim River dan SK Besout 3.




"Mana tumpahnya kuah..kalau tidak ke nasi.. " -antara ayat yang sempat dicatat..

"Raizil... Raizil.. Turunnnn!! Turunnn!!"

"Apalah nasib pasukanku.. lepas ini tumpuan 100% pada Liga Super Slim - ujar Baju Oren



Tenaga penting Skuad Bola Sepak SK Slim Village:
En. Redza, En. Along, En. Samsul dan En. Fadzian

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin